• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Najib Ke Pekan Disambut Amat Meriah

oleh
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERJIWA RAKYAT… Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Pekan di Pahang hari ini disambut dengan laungan kata-kata semangat oleh orang ramai.

Ahli Parlimen itu membuat penampilan kali pertama di khalayak untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan sejak kediamannya di ibu negara diserbu pihak polis pada malam 1 Ramadan lalu.

Penduduk setempat jelas teruja ceria setelah beberapa jam menanti untuk bertemu sendiri dengan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu selepas beliau berundur ekoran Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Anggota Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan), Majlis Permuafakatan NGO Parlimen Pekan dan orang ramai khususnya ahli UMNO di bahagian itu menunggu sejak jam 4 petang ini untuk berjumpa Najib secara langsung.

Media tempatan melaporkan bahawa kehadiran mereka bagi memberi semangat dan sokongan moral kepada Najib yang kini disiasat pihak polis ekoran rampasan sejumlah wang tunai dan barang mewah di rumahnya di ibu kota.

Ketika menunggu, lagu patriotik Warisan dan lagu rasmi UMNO iaitu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat dimainkan bagi membangkitkan semangat hadirin yang dalam keadaan jumlah cukup luar biasa dan luar dugaan banyak pihak.

Ada bawa kain rentang antaranya tertera ‘Kami benteng hadapan YB Datuk Seri Najib selagi nyawa dikandung badan’ dan ‘Kami warga anak jati Pekan Pahang sesungguhnya dukung penuh kepemimpinan Datuk Seri Najib’.

Sebaik sahaja beliau tiba pada pukul 5 petang, mereka melaungkan ‘Hidup Najib’ dan mengiringi tokoh tersebut memasuki Dewan Amphitheater untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di daerah ini hari ini yang merupakan kunjungan pertama ke kawasan Parlimen diwakilinya itu selepas PRU ke-14 menyaksikan kekalahan BN di peringkat Persekutuan.

Beliau berbaju kemeja biru tua manakala Rosmah berbaju kurung bunga kuning dan selendang kuning tiba di kediaman mereka di Seri Kenangan kira-kira 12.30 tengah hari, tiga jam selepas meninggalkan Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka disambut kepemimpinan UMNO Bahagian Pekan dan penduduk setempat. Najib ketika ditemui pemberita berkata bahawa beliau pulang ke Pekan kerana rakyat di kawasan tersebut mahu beliau kembali.

“Mereka mahu menunjukkan penghargaan mereka dan terus menyokong saya untuk semua perkara yang saya buat. Mereka mahu saya terus berkhidmat kepada mereka sebagai ahli Parlimen. Saya bersyukur pulang ke sini,” katanya.

Dalam pada itu, Najib dijadualkan turut hadir majlis berbuka puasa, solat fardu Maghrib, solat Isyak, solat sunat terawih secara berjemaah di Seri Kenangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd