• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Simpan Hasrat Buat Lagu Raya, Aiman Tunai Janji

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja seminggu memasuki bulan Ramadan, penyanyi Aiman tino kini sudah menghadiahkan kepada peminatnya sebuah single lagu raya berjudul Raya Telah Tiba.

Bagi Aiman, lagu hasil ciptaan Apit dan lirik oleh ACK itu merupakan buah tangan teristimewa buat peminatnya bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.

“Alhamdulillah, biarpun masih baharu, muzik video lagu itu sudah ditonton hampir 400,000 pelayar. Raya Telah Tiba bercerita mengenai keseronokan menanti kedatangan Syawal selepas sebulan berpuasa,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Lagu tersebut sudah dirakamkan pada akhir bulan April lalu di Taman Tun Dr. Ismail serta telah pun dipromosikan di laman YouTube sejak pertengahan Mei lalu.

Tahun lalu, lagu raya nyanyiannya berjudul Lara Dalam Kerinduan telah mendapat sambutan hangat selepas berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta di laman YouTube.

Rupa-rupanya sudah lama penyanyi muda itu menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu raya semenjak sebelum bergelar penyanyi lagi.

“Dulu, sebelum menjadi artis, saya sering mendengar lagu raya yang dirakamkan penyanyi lain. Tersimpan juga niat di hati untuk mempunyai lagu saya sendiri.

“Saya percaya semua penyanyi baharu mempunyai impian sama. Apabila Lara Dalam Kerinduan berkumandang tahun lalu, saya sangat teruja.

“Melihat sambutan hebat diberikan, saya bersemangat untuk kembali dengan lagu baharu, Raya Telah Tiba,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, sepanjang bulan Ramadan ini, jadual harian Aiman sudah diisi dengan undangan rakaman pelbagai program istimewa rancangan televisyen dan radio sempena Syawal yang bakal tiba bulan hadapan.

Bukan sahaja sibuk mempromosikan lagu raya baru, Aiman juga sedang giat mempromosikan produk Jus Manno di Festival Ramadan Putrajaya 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: aiman tinoHari RayaNetizenSyawal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd