• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Jangka KM Melaka Baharu Angkat Sumpah Esok

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan selewat-lewatnya esok, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Melaka itu berkata pada masa ini, PH Melaka masih mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dalam parti komponennya untuk jawatan tersebut.

“Setiap parti (dalam PH) akan kemukakan calon dan kita akan muktamadkan (calon Ketua Menteri Melaka) dalam masa terdekat, harap hari ini kita buat keputusan.

“Pembahagian exco akan dibincangkan nanti,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu pada sidang media di Graha PAN Melaka di Bukit Katil di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya dan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Rafiq Naizamohideen merangkap ADUN Paya Rumput.

PH berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka melalui majoriti mudah apabila menakluk 15 kerusi DUN Melaka daripada keseluruhan 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Adly berkata PH Melaka fokus untuk melaksanakan 20 janjinya dalam lima tahun seperti terkandung dalam manifesto dan tawaran pakatan itu untuk negeri Melaka.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat atas mandat dan amanah yang diberikan ini, kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata pakatan itu berharap peralihan kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan dalam keadaan teratur dan aman harmoni.

“Kita minta supaya peralihan teratur, sempurna dan minta bantuan polis dan penjawat awam untuk teruskan khidmat mereka dalam dasar yang kita buat,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd