• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PAS Dan BN Tidak Pelik – Hadi Awang

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah ‘sesuatu yang tidak pelik’ jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, kata beliau BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.

“Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad, di sini hari ini,

“Terpulang kepada BN untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti,” katanya.

Abdul Hadi yang juga calon PAS Parlimen Marang bagaimanapun enggan mendedahkan syarat-syarat itu apabila ditanya pemberita.

Beliau berkata langkah untuk menjalin kerjasama itu dizahirkan daripada keyakinan PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya 60 atau lebih daripada 160 kerusi yang ditandingi parti tersebut dalam PRU14 ini.

“Kami harap untuk dapat ‘simple majority’ (majoriti mudah). Kalau dapat lebih, lagi bagus, boleh jadi ‘kingmaker’ (dalang politik) dan pihak lain boleh dengar syarat kami jika ingin jalin kerjasama,” katanya.

Selepas 36 tahun atau lapan penggal, Abdul Hadi melepaskan legasinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan hanya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada PRU14 ini.

Beliau akan ditentang calon BN, Mohamad Nor Endot dan tokoh baharu Amanah yang akan bertanding menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Zarawi Sulong. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangBNPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd