• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Sepanjang Tahun, Ramadan Buat Shuib Berehat

oleh
27/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS penat bekerja sepanjang tahun, kini pelawak Shuib Sepahtu ambil keputusan untuk rehat seketika sepanjang bulan Ramadan bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga tercinta.

Bagi Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, bulan Ramadan merupakan waktu yang sangat sesuai buat dirinya untuk merapatkan silaturrahim bersama dengan keluarga.

“Saya rasa, dalam masa setahun itu 11 bulan kita dah bekerja. Jadi bulan Ramadan ini sangat sesuai untuk kita berehat.

“Memang saya sengaja memilih untuk berehat sahaja sepanjang sebulan ini dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya dan Sarah adalah peminat bazar. Bulan puasa ini memang kami akan selalu pergi walaupun dia masak juadah berbuka,” kata Shuib kepada pihak mStar Online sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah.

Dijangkakan Shuib dan isteri, Siti Sarah Raissuddin bakal pulang ke tanah air pada Ahad ini.

Selepas pulang ke tanah air, Shuib memaklumkan bahawa dia akan memberi tumpuan  yang sepenuhnya terhadap perniagaan produk madu yang diusahakan.

“Balik sahaja menunaikan umrah, saya nak beri tumpuan 90 peratus pada perniagaan produk madu.

“Lagi 10 peratus saya akan fokus pada industri seni. Tapi buat masa sekarang ini memang saya nak utamakan perniagaan terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Bagi Shuib, wang bukanlah segala-galanya bagi dia dan keluarga tetapi apa yang penting ialah kenikmatan berkongsi rezeki bersama orang lain.

Hampir lima bulan menjalankan perniagaan madu, Shuib dan Sarah akui bahawa mereka berasa sangat seronok dengan pencapaian yang telah diperoleh.

https://www.instagram.com/p/BieNVlWh2P5/?taken-by=shuibsepahtu

“Saya rasa seronok sebab dapat kongsi rezeki dengan orang lain. Bukan sebab saya dapat duit. Selain itu dapat mewujudkan ramai stokis dapat pendapatan yang banyak setiap bulan,” tambahnya lagi.

Sebelum memulakan perniagaan menjual madu, Shuib merupakan salah seorang penyampai radio Sinar FM tetapi sekitar penghujung November lalu, dia memaklumkan untuk tidak lagi bertugas di staten radio berkenaan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenshuib sepahtu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd