• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Pernah Pinggir Golongan Ibu Tunggal

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan wanita khususnya yang bergelar ibu tunggal, kata Presiden Persatuan Ibu Tunggal Sabah (Pitsa) Norhanida Anol.

Beliau berkata sebaliknya kerajaan sentiasa memberi peruntukan kepada golongan itu menerusi persatuan berkenaan untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan serta program yang melibatkan anggota persatuan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin tentang nasib golongan kami,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Norhanida berkata Pitsa yang kini mempunyai 18 persatuan kendaliannya antara lain bermatlamat memperjuangkan hak wanita dan meningkatkan kemahiran golongan itu.

Sementara itu, Sakinah Abdullah, 60, bersyukur dengan pemberian peruntukan itu yang membolehkan anggota persatuan ibu tunggal di kawasan luar bandar seperti di Tandek, Kota Marudu menjalankan aktiviti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Longob, Tandek berkata antara program yang telah diadakan termasuk kursus memasak, mengubah hantaran perkahwinan malah turut menghasilkan produk persatuan sendiri.

“Saya harap semua anggota Pitsa dan persatuan kendaliannya terus bersama kerajaan yang terbukti adil dalam membela nasib rakyat termasuk golongan ibu tunggal,” katanya. – BERNAMA

Tags: ibu tunggal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd