• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Akan Naikkan Harga Petrol Buat Masa Ini

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol buat masa ini meskipun harga minyak mentah dunia setakat ini telah meningkat lebih daripada US$70 setong, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di sini, hari ini.

Berikutan pengumuman itu, harga petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.20 seliter, RM2.47 seliter dan RM2.18 seliter sejak lebih sebulan lalu.

Dr. Mahathir berkata Pakatan Harapan melalui manifesto mereka sebelum ini telah berjanji akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

“Dasar kami adalah untuk tidak membuat perubahan harga mingguan mengikut pasaran,” katanya.

Sementara itu, berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Dr. Mahathir berkata kadarnya akan dijadikan sifar tidak lewat daripada 1 Jun, 2018.

Manakala, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dimansuhkan pada 1 April 2015, akan dikembalikan semula untuk menggantikan GST.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, tindakan mengembalikan semula SST ini perlu dilakukan berikutan pengurangan hasil daripada kutipan GST setelah kadarnya disifarkan.

Langkah ini juga sejajar dengan program pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan sekarang, kata kementerian itu. – BERNAMA

Tags: harga minyakPetrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd