• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bantu Lahir Ramai Juruterbang Wanita

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peluang dan ruang yang disediakan kerajaan membantu Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf melakar kejayaan dalam kerjaya sehingga digelar juruterbang helikopter wanita pertama di Malaysia.

Di samping semangat serta kegigihan, Norhana, 43, yang juga juruterbang helikopter pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata tanpa sokongan daripada kerajaan, tidak mungkin beliau mampu mencapai cita-cita dan impiannya sejak kecil itu.

“Kaum hawa perlu merebut segala peluang yang ada untuk mencapai impian mereka yang sekali gus menjadi bukti jelas usaha berterusan kerajaan dalam mengangkat status kehidupan mereka,” katanya kepada Bernama.

Mengimbau detik awal penglibatannya kira-kira 23 tahun yang lepas, ibu kepada empat anak berasal dari Hulu Langat, Selangor itu berkata wanita diberi peluang adil untuk menjadi sebahagian daripada juruterbang di TUDM.

Menurutnya, setakat ini terdapat 37 juruterbang wanita TUDM dan ia dijangka bertambah kerana ramai lagi sedang menjalani kursus asas yang diperlukan sebelum boleh memulakan latihan penerbangan.

Lantaran itu, Norhana menegaskan wanita tidak seharusnya mensia-siakan peluang yang ada bagi membuktikan wanita juga boleh berjaya seiring kaum lelaki.

Beliau kini bertanggungjawab melatih juruterbang di samping tugasan lain seperti pengurusan taktikal, operasi dan strategik.

Usaha memperkasakan wanita dalam bidang kententeraan turut melibatkan Angkatan Tentera Darat yang mana baru-baru ini Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dilaporkan berkata tentera darat berhasrat menarik penyertaan wanita dalam pasukan Rejimen Gerak Khas atau komando.

Ia antara lain bertujuan mengembangkan peranan wanita dalam tentera darat selaras dengan negara-negara luar yang telah membabitkan golongan wanita dalam pasukan komando.

Dalam pada itu, Profesor Undang-Undang Keluarga dan Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata usaha kerajaan memperkasa wanita tanpa mengira bangsa mahupun agama sudah dilaksanakan secara beransur-ansur sejak sekian lama.

Maka tidak hairanlah, kebelakangan ini semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan tinggi, terbabit sebagai pembuat dasar, berjaya dalam bidang kententeraan dan juga kehakiman.

Usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa golongan wanita digariskan dalam manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 74 daripada 364 inisiatif dalam dokumen itu adalah mengenai dan berkaitan dengan wanita, termasuk 25 pengisian khusus untuk kaum hawa.

“Meskipun sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar masih belum tercapai, namun kerajaan tetap berusaha tanpa jemu menyediakan ruang serta peluang, dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan,” kata Noor Aziah.

Tambahnya, jika dilihat pada mata kasar budaya di negara ini masih ‘male-biased’, namun secara beransur-ansur ia mula dapat dikurangkan tanpa mewujudkan rasa kurang senang kepada kaum lelaki. – BERNAMA

Tags: JuruterbangWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd