• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepulauan Spratly: China Cetus Kemarahan Filipina

oleh
21/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pesawat pengebom China mendarat di Kepulauan Spratly menimbulkan kemarahan Filipina kerana dianggap sengaja mencetuskan provokasi antarabangsa di Laut China Selatan.

Sebuah pesawat pengebom China mendarat di pulau dan terumbu karang di Kepulauan Spratly menyebabkan Filipina nekad mengambil tindakan diplomatik wajar bagi menegaskan tuntutannya, lapor akhbar tempatan.

Bagaimanapun, tentera udara China menjelaskan bahawa pesawat seperti H-6K berlepas dan mendarat di pulau dan terumbu karang perairan Laut China Selatan itu sebagai sebahagian daripada latihan mingguan mereka.

Kenyataan itu benar-benar dianggap cuba menimbulkan pertelingkahan antara dua negara tersebut. Berikutan itu, Amerika Syarikat (AS) juga menghantar kapalnya ke kawasan bertelingkah terbabit sebagai langkah keselamatan.

Kepulauan Spratly

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa.

“Kami sedang mengambil langkah diplomatik wajar bagi melindungi tuntutan kami dan akan terus melakukannya pada masa akan datang.

“Kami mengulangi komitmen untuk melindungi setiap inci wilayah dan kawasan yang berada dalam hak kedaulatan kami,” kata kenyataan itu namun tidak mengecam China atas tindakannya.

Isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly bukan perkara baharu kerana telah lama menjadi pertikaian diplomatik di beberapa buah negara sekitar.

Terdahulu, kepulauan ini pernah menjadi rebutan antara China, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei kerana dikatakan kaya dengan sumber galian. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: ChinaFilipinaKepulauan Spratly
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd