• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Media Pemansuhan GST Tidak Benar

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun ini seperti yang tular di media sosial hari ini, menurut menterinya, Lim Guan Eng.

Lim berkata tidak ada sesiapa daripada kementerian itu yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk isu pemansuhan GST memandangkan beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan.

“Itu tidak benar kerana tidak ada sesiapa yang mengeluarkan arahan sedemikian. Saya tidak boleh keluarkan arahan kerana saya belum angkat sumpah. Buat masa ini hanya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh mengeluarkan kenyataan dan arahan.

“Saya telah menghubungi perdana menteri dan beliau telah mengesahkan bahawa tidak ada sebarang arahan sedemikian dikeluarkan oleh pihaknya. Maka kenyataan media ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Dalam siaran media yang didakwa dikeluarkan Kementerian Kewangan yang tular di media sosial hari ini menyatakan bahawa kerajaan persekutuan mengisytiharkan pemansuhan GST berkuat kuasa serta-merta 1 Jun ini berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Menurut siaran media itu, ia adalah sebagai hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang telah memberi kemenangan kepada kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum itu.

Bagaimanapun, Lim berkata kerajaan persekutuan tetap akan memansuhkan GST dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

“Memang kami akan mansuhkan GST tetapi kerana kami belum mengangkat sumpah dan tidak mempunyai kuasa maka ia tidak boleh dilaksanakan seperti tarikh yang ditetapkan. Kami akan buat dalam masa 100 hari seperti yang kami janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya.

GST, sebanyak enam peratus, mula diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015 menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd