• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen PRU14 BN Labuan Lancar – Rozman

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Calon Barisan Nasional (BN) Labuan, Datuk Rozman Isli berpuas hati dengan kelancaran perjalanan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijalankan jentera parti.

Beliau berkata kempen BN Labuan kali ini adalah lebih teratur dan terancang.

“Alhamdulilah, saya lihat sambutan amat mengalakkan daripada penduduk Labuan setiap kali ceramah BN diadakan di setiap kampung mahu pun di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM),” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRU14 Jabatan Penerangan Labuan di Bangunan Ujana Kewangan di sini, hari ini.

Beliau berkata jentera parti-parti lain yang bertanding juga berkempen dalam suasana aman dan lancar walaupun kerusi Parlimen Labuan berdepan persaingan empat penjuru.

Ketika ditanya sama ada BN boleh menang dengan majoriti yang lebih besar di Labuan kali ini, Rozman optimis ia dapat direalisasikan sekiranya peratusan mengundi lebih tinggi berbanding PRU13.

“Saya harap BN Labuan mesti menang dengan majoriti yang lebih besar…warga Labuan mesti membuat pilihan terbaik dengan mengambil kira prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pelbagai projek pembangunan untuk kesejahteraan mereka,” katanya.

Dalam lawatan itu, Rozman turut merasmikan Pusat Media PRU14 Jabatan Penerangan Labuan yang dibuka sejak hari penamaan calon bulan lepas.

Pusat Media itu dibuka mulai 8 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh 11 hari berkempen PRU14. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd