• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Banyak Lagu, Idayu Tak Mahu Nama Dilupakan

oleh
24/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS juara AF Megastar 2017, Idayu menegaskan bahawa tujuan mengapa dia sering mengeluarkan single baharu ialah disebabkan tidak mahu namanya dilupakan buat kali kedua.

Pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yakob atau Idayu akui bahawa lagu baharunya pasti tidak akan hit seperti lagu yang sedia ada tetapi ia merupakan satu strategi buatnya untuk sentiasa memastikan namanya dikenali ramai.

“Saya pernah ada sejarah orang lupakan saya dan memang kalau boleh saya tak mahu benda itu terjadi lagi. Sebab itu, saya mahu kerap keluarkan lagu baru.

“Biar ada, walaupun tak meletup seperti lagu lain. Bagi saya, golongan muda zaman sekarang kenal siapa Idayu itu pun sudah cukup. Saya tak minta pun lebih-lebih,” katanya kepada mStar Online.

Malah, lagu baharunya berjudul Ganti Diriku kini sedang hangat diperkatakan selepas menjadi lagu tema bagi drama bersiri Nur terbitan TV3.

Kini, penyanyi berusia 33 tahun itu sekali lagi sedang sibuk dalam mempersiapkan album penuh yang bakal dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Menurutnya, album berkenaan bakal memuatkan banyak lagunya dan ia juga akan mengandungi sebanyak tujuh atau lapan buah lagu baru nyanyiannya.

“Saya bukan menyepikan diri daripada industri tapi banyak menghabiskan masa dalam studio. Saya dah janjikan nak keluar album pada tahun ini.

“Sebab itu, saya lebih fokus berada di dalam studio sahaja. Alang-alang lagu saya ada banyak ini,” tambahnya.

Atas permintaan peminat, Idayu sebelum ini pernah berbincang dengan penyanyi Ernie Zakri untuk mereka berduaet bersama di atas pentas.

Walaupun masing-masing mempunyai perancangan tersendiri tetapi mereka akan cuba untuk merialisasikan impian peminat yang mahu melihat mereka berdua bergandingan.

“Ramai peminat minta saya berduet dengan Ernie. Saya ada juga bersembang dengan Ernie tapi saya memahami dia ada perancangan sendiri.

“Insya-Allah kalau ada kesempatan mungkin kami akan cuba buat sesuatu untuk tunaikan permintaan peminat,” ujarnya laagi.

Pada program AF Megastar 2017 yang lalu Idayu telah berjaya mengalahkan Bob, Marsha, Syamel dan Shahir Zawawi selepas dia berjaya dinobatkan sebagai pemenang pada program berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: IdayuKonsert AF Megastar 2017Netizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd