• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Awal Pagi Ranap Kilang Proses Ayam

oleh Ahmad Albab
26/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama, Pontian, dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.35 pagi.

Susulan itu, 20 anggota dan empat jentera dari tiga balai iaitu Pekan Nenas, Pontian Baru dan Pontian digerakkan ke lokasi bagi operasi memadamkan kebakaran..

Mahadir berkata ketika kejadian, terdapat lebih daripada 10 pekerja di kilang itu namun kesemuanya dapat menyelamatkan diri.

Kira-kira 9,000 ekor ayam juga berjaya diselamatkan dalam kejadian terbabit.

“Kilang dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dan jumlah keseluruhan ayam yang terlibat pula belum diketahui manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd