Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

16 Ditahan Dipercayai Pengikut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai...

Peluang Malaysia Tebus Kecewa...

KUALA LUMPUR – Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menjadi pentas terbaik untuk skuad...

Undi Calon Muslim, Semua...

"KITA kena letak tanggungjawab pilih orang yang beriman dan budiman, pada kita calon...

PRN Johor: PKR, Amanah...

JOHOR BAHRU : Sebanyak 20 kerusi bakal ditandingi masing-masing oleh PKR dan Parti...

Kastam Cari Tertuduh Kes Seludup Mercun

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu prosiding kes mahkamah berhubung penyeludupan mercun pada 2014.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, JKDM berkata Rahim Abdul Rahman, 54, dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Berang pada Jun 2014 atas pertuduhan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM230,000.

Tertuduh yang mendapat jaminan mahkamah bagaimanapun gagal menghadirkan diri untuk sebutan akhir kes pada Mei 2015.

Sehubungan itu, JKDM berkata mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki berkenaan yang beralamat terakhir di Kampung Banggol Ara, Pasir Mas, Kelantan.

“Mana-mana individu yang mengenali serta mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan boleh menghubungi JKDM Kemaman di talian 09-8681360,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori