• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan SPAD Diserap Ke JPJ – Anthony Loke

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAKITANGAN Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan diberhentikan, sebaliknya akan diserap terus ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata lebih 800 kakitangan tetap SPAD akan mengisi 1,000 kekosongan pelbagai jawatan di JPJ.

Beliau berkata, kakitangan SPAD boleh meneruskan kerja seperti biasa ketika ini namun, peranannya di ambil alih oleh kementerian melalui JPJ.

“Jangan bimbang…kakitangan tetap di SPAD tidak akan dipecat. Semua kakitangan SPAD akan diserapkan sebagai kakitangan tetap di bawah JPJ.

“Tetapi kita akan kaji kalau ada mana-mana jawatan yang bertindih,” katanya yang dipetik portal mStar Online.

Sehubungan itu, beliau turut meminta agar semua pihak tidak membangkitkan isu mengenai pemansuhan SPAD sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa agensi dan badan kerajaan akan dibubarkan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan kewangan negara.

Selain SPAD, beberapa agensi lain seperti Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). – MYNEWSHUB.CC

Tags: JPJSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd