• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kakak Yang Berak, Adik Pula Kena Tahi”

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penahanan Uqasha Senrose setelah pelakon jelita itu terbabit dalam kontroversi kes dadah.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Zain telah ditahan pada tengah hari semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pemilikan dadah jenis eramin 5 yang ditemui dalam tas tangan miliknya.

Mungkin rimas dikecam peminat, pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy itu lantas mengambil keputusan mematikan fungsi komen di laman Instagram miliknya kira-kira jam 11 malam tadi.

Namun malang sekali buatnya apabila tindakan aktres itu nampaknya masih tidak berjaya halang hasrat netizen daripada ‘membawang’ akaun Instagram adiknya, Nelydia Senrose yang juga merupakan pelakon terkenal.

I woke up today feeling blessed and humbled by the reception of #igau by @impianbynelydia. I can’t thank everyone enough for the encouragement and support. To those wondering about the availability of #igau, you can always keep your eyes on @impianbynelydia. My team is working hard every day to make it happen and the time will come soon. To be honest, I can hardly wait for it myself. So…here’s a photo of me wearing one of my creations ! ❤😂 #impianbynelydia #igau #igauanelydia #comingsoon #sabar

A post shared by @ nelydiasenrose on Apr 21, 2018 at 11:31pm PDT

Ada dalam kalangan netizen melemparkan komen negatif termasuk turut mengaitkan Nelydia dengan kontroversi dadah yang menimpa kakaknya.

Tidak kurang juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan Uqasha mengambil barangan terlarang dan tidak kurang juga yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai berita terbabit.

“Akak awak ada eramin, saya nak eratkan hubungan dengan awaaa cia cia cia,” tulis seorang pengguna yang menggunakan akaun nama Dytsufi.

Manakala pengguna akaun nama azuan_isa95 menulis; “Hmmm asal tutup komen si Uqasha tu. Betul ke dia ada amik dadah?”

Sementara itu ikmal.randon pula berkata; “Bapak kau bangga tak anak dia amik dadah?”

Pun begitu, mujurlah ada segelintir peminat yang waras mempertikaikan tindakan majoriti pengguna laman sosial itu yang menulis di akaun Instagram Nelydia dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak adil.

“Korang jangan la kacau dia! Yang ambik dadah kakak dia, sian dia kena buli. #stopbullying #cyberbully,” tulis newar.ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahinstagramnelydia senrose
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd