• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Parkir Di Stesen MRT Turun Mulai 1 Jun

oleh Ahmad Albab
01/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) yang mengendalikan kemudahan Park and Ride di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menurunkan kadar parkir bermula 1 Jun.

Mulai tarikh itu, bayaran parkir di Kemudahan Park and Ride bagi pengguna MRT adalah RM4 bagi setiap kemasukan sehari berbanding RM4.30 sebelum ini manakala caj bagi motosikal ialah RM1.00 bagi kemasukan sehari berbanding RM1.10 sebelum ini.

Menurut kenyataan MRT Corp. di sini hari ini kadar baharu ini mencerminkan penurunan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

“Kemudahan Park and Ride yang dikendalikan oleh MRT Corp. adalah di Sungai Buloh, Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Sungai Jernih.”

Bagi pengguna yang menggunakan kemudahan parkir tetapi tidak menggunakan MRT akan dikenakan kadar parkir yang berbeza bergantung kepada lokasi kemudahan Park and Ride yang digunakan

Menurut kenyataan itu lagi kemudahan parkir lain di sepanjang Laluan SBK seperti di kawasan Damansara, Sentral, Bandar Utama, Pusat Bandar Damansara dan Kajang dikendalikan oleh pihak luar.

MRT Corp. telah bertemu pengendali berkenaan dan menasihat mereka agar menyemak semula kadar parkir untuk mencerminkan kadar baharu GST.

Walau bagaimanapun, terpulang kepada pengendali untuk melaksanakan sebarang perubahan pada kadar parkir. – BERNAMA

Tags: MRTparkir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd