• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kadang-Kadang Saya Pun Marah Dengan Rafizi”

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ada kalanya membangkitkan kemarahannya kerana lantang bersuara.

Ketua Umum PKR itu bagaimanapun menyifatkan Rafizi sebagai seorang pemuda bijak dan mampu menggerakkan anak muda lain.

“Rafizi ni pemuda bijak, dia wujudkan Invoke dan gerakkan anak muda.

“Dia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya. Dia ni berbeza sikit, kadang-kadang saya pun dia kritik, tapi saya OK, walaupun agak marah juga,” kata Anwar kepada Oriental Daily.

Anwar berkata demikian apabila ditanya tentang Rafizi dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi baru-baru ini mengkritik pelantikan menteri-menteri Kabinet di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang dianggap tidak berunding dengan PKR.

Anwar kemudian mengeluarkan kenyataan dirinya memberi sokongan penuh kepada keputusan perdana menteri dan menggesa semua ahli bertindak sama.

Mengulas lanjut Anwar berkata walaupun Rafizi kadang-kadang lantang bersuara, ia bukan alasan untuk menamatkan karier politiknya.

“Kamu mesti benarkan mereka ini berkembang dan jangan bunuh mereka secara politik seperti dilakukan kerajaan lama,” katanya.

Dalam pada itu Anwar juga memuji Azmin sebagai menteri besar Selangor dan kini menteri ekonomi.

Beliau juga mahu Rafizi dan Azmin terus bekerjasama supaya agenda reformasi dapat dijayakan. – mStar Online

Tags: Anwar IbrahimRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd