• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Baharu Bergerak Sebagai Satu Pasukan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan kabinet baharu yang dibentuk akan bergerak sebagai satu pasukan dalam memastikan agenda membangunkan negara berjalan lancar dan teratur.

Presiden PKR itu berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bersama membangunkan Malaysia yang baharu.

“Saya bersyukur majlis angkat sumpah (jawatan) hari ini berjalan dengan lancar dan esok saya akan bincang dengan perdana menteri mengenai hala tuju seterusnya dan membantu agar kabinet di bawah Tun Dr. Mahathir berjalan lancar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

Dr. Wan Azizah menganggap pemilihan beliau selaku wanita pertama memegang jawatan timbalan perdana menteri di negara ini sebagai satu penghormatan yang besar buat semua wanita Malaysia.

“Saya berharap peranan saya (selaku timbalan perdana menteri) ini akan meningkatkan sensitiviti gender dalam perjalanan pentadbiran hari ini dan (sasaran) penglibatan wanita 30 peratus (dalam barisan pembuat dasar) yang kami uar-uarkan dapat kami laksana dengan menyeluruh lagi,” katanya.

Mengenai portfolio selaku Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr. Wan Azizah berkata beliau sedang merancang untuk membangunkan dan menambah baik prestasi kementerian berkenaan.

“Banyak saya fikirkan…antaranya dasar-dasar berkaitan wanita, dasar keluarga dan sebagainya kerana kementerian ini luas (sifatnya), merangkumi peringkat belum lahir sampai akhir hayat.

“Tapi buat masa ini kami akan tumpu (aktiviti) pada bulan Ramadan untuk mengimarahkan Ramadan dan mengisi Ramadan ini dengan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi rakaman video mengikuti trend...

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd