• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera BN Tidak Terjejas Dengan Fitnah Pembangkang

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan terjejas dengan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kekuatan BN tidak akan terhakis dengan penipuan-penipuan yang dilemparkan ke atas mereka oleh pembangkang semata-mata untuk mendapat undi.

“Saya yakin kita tidak mudah dirungkai kerana BN ada kekuatan di sini dan di seluruh negara,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga berkata badan antarabangsa telah membuat kajian bahawa manifesto pembangkang tidak boleh dilaksanakan dan apa yang diberi mereka hanya berupa janji palsu.

Najib berkata pembangkang cuba menggunakan permainan politik apabila mendakwa ceramah mereka di Putrajaya baru-baru ini dibanjiri penjawat awam.

Namun, pengerusi BN itu berkata pemerhatiannya melalui media sosial tidak mendapati ceramah itu dihadiri oleh muka-muka penjawat awam, sebaliknya orang luar yang ramai.

“Siapa kata ceramah perjumpaan BN tiada sambutan…kita tak mai (datang) hantar orang ke kawasan, bukan seperti pembangkang buat hantar bas orang luar untuk hadir ceramah di Putrajaya,” kata Najib.

Katanya, mereka sebenarnya cuba membuat penipuan politik dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat.

“Saya meminta rakyat agar jangan percaya apa yang dicakapkan mereka,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa BN akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi DUN – Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal — di bawahnya kerana pengundi di kawasan itu yakin kerajaan di bawah pimpinan BN sentiasa membela nasib golongan yang memerlukan.

“Saya yakin kawasan Pak Lah ini akan disambung oleh Reezal (Merican) dan rakan-rakan BN dengan kemenangan 4-0,” katanya.

Antara yang turut hadir pada majlis itu adalah calon BN Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan calon-calon BN negeri. – BERNAMA

Tags: BNpembangkang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd