Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Separuh Daripada Anak Muda...

SATU kajian atau tinjaun terbaru mengenai seksualiti seseorang telah dijalankan di Britain.Kajian tersebut...

Mohamed Apandi Mulakan Cuti...

PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini memulakan cuti...

Kubur Di Sempadan: Penduduk...

LANJUTAN dari penemuan 139 kubur dan 28 kem pelarian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand...

Kabinet Benar Industri Perladangan...

KUALA LUMPUR - Kabinet telah memberi kelulusan kepada industri perladangan untuk meneruskan operasi...

Janji Konon Mansuh Bayar Balik PTPTN Ditangguh

HAMPA… Harapan ratusan ribu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu bayar balik pinjaman sehingga bergaji lebih RM4,000 tampaknya kian pudar!

Ini susulan kenyataan terbaharu daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sendiri dalam satu majlis rasmi di Putrajaya pada hari ini kononnya bekas pelajar terbabit tetap juga kena bayar pinjaman tersebut seperti biasa.

Alasannya cukup mudah iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa menangguhkan janji manis tersebut ekoran masalah hutang negara yang konon sudah cecah RM1 trilion akibat diwarisi daripada Barisan Nasional (BN).

“Pihak Kementerian Pendidikan memerlukan banyak masa untuk cari jalan bagi memenuhi janji berkenaan,” kata Maszlee kepada pihak media merujuk manifesto PH ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir menyampaikan sejumlah surat tawaran rasmi kepada beberapa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 melanjutkan pengajian ke pusat matrikulasi universiti awam di pejabatnya.


PH dalam manifesto 10 janji 100 hari sempena PRU ke-14 tersebut dengan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk golongan peminjam yang berpendapatan kecil kurang daripada RM4,000 sebulan.

Ini menyebabkan kumpulan itu cenderung mengundi PH dengan harapan mereka tidak perlu membayar semula pinjaman selepas enam bulan tamat pengajian sebagai mana syarat yang sedia ada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori