• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sia Kemenangan, Perbaiki Kelemahan

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jangan sia-siakan kemenangan sebaliknya carilah cara untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam pengurusan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail malam ini.

Sambil mengingatkan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara itu, beliau berkata negara perlu dibina semula menerusi asas demokrasi yang tulen dan rakyat Malaysia mempunyai hak dan tanggungjawab bersama untuk membantu dalam proses itu.

“Ini memberikan kita kebebasan. Kita dah tukar kerajaan dan jangkaan kita begitu tinggi sekali.

“Kita dijadikan dengan jiwa dan intelek yang membedakan kita dengan yang lain. Intelek inilah yang penting untuk kita membebaskan manusia daripada cengkaman manusia,” katanya ketika berucap pada program Santai Sahur Final UEFA Champion League Bersama Gagasan Belia Pandan di sini.

Pada majlis itu, kira-kira 300 penyokong Liverpool dan Real Madrid hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah di Stadium NSC Olimpiyskiy Kiev, Ukraine yang berlangsung awal pagi Ahad.

Dr. Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan juga bercakap mengenai peranan generasi muda sebagai pelapis kepimpinan dan masa depan negara.

Menjadikan sukan bola sepak sebagai contoh, beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata rakyat perlu mengetahui bagaimana sukan itu boleh mewarnai kehidupan selain semangat berpasukan memberi kesedaran serta hala tuju dalam hidup.

Ibarat pertandingan bola sepak yang ada kalah dan menang, Dr. Wan Azizah mengingatkan para penyokong PH supaya mendalami nilai kemanusian dan tidak terlalu fanatik dengan keputusan sesuatu pertandingan. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd