• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sabotaj, Utamakan Perjuangan Parti – Musa

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Semua anggota Barisan Nasional (BN) di kawasan Beluran perlu mengutamakan perjuangan parti dan tidak mensabotaj parti mahupun calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman berkata sebaliknya setiap anggota perlu mengutamakan perjuangan parti khususnya dalam menbela nasib rakyat secara keseluruhannya.

Katanya dalam PRU14 ini, setiap anggota BN perlu membantu calon bertanding demi memastikan kemenangan BN dengan bekerja sebagai satu pasukan.

“Sungguhpun mungkin wujud perasaan marah, kecil hati mahupun terdapat masalah dalaman parti kalangan ahli, namun ia perlu diselesaikan secara baik seperti satu keluarga besar,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pantai Boring Paitan dekat sini, hari ini.

Hadir sama, calon BN kawasan Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib.

Musa berkata ketika ini BN sentiasa bersiapa sedia berkerja keras dengan dibantu Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus untuk memastikan BN sekali lagi diberi mandat mentadbir negara selepas PRU berlangsung.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Menteri Sabah meminta rakyat di kawasan luar bandar menolak perjuangan pembangkang yang hanya mengutamakan agenda peribadi mereka.

Katanya pemimpin parti pembangkang khususnya di Sabah merupakan mereka yang kecewa dan menjadikan parti sebagai platform untuk mencapai cita-cita peribadi. – BERNAMA

Tags: Musa AmanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd