• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lupa Dalang Sebenar Yang Bersembunyi

oleh Haris
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang “mati katak” dalam peristiwa Memali memanaskan lagi suasana politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada masa yang sama, gambar dan rakaman perbualan yang didakwa melibatkan seorang presiden parti komponen Pakatan Harapan tersebar di internet dan media sosial.

Turut sama panas dalam masa yang sama ialah penglibatan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bertanding di bawah tiket PKR.

Semua isu ini mencetuskan perdebatan, kecam-mengecam dan kutuk-mengutuk melibatkan ahli-ahli parti politik pembangkang.

Pada masa yang sama, kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terus dilakukan oleh pembangkang.

Tuduhan-tuduhan yang tidak ada sebarang bukti terus tersebar akibat niat jahat dan kebodohan orang yang tidak bertanggungjawab yang mudah tertipu.

Isu utama dalam kempen PKR dan Pakatan Harapan (PH) ialah GST yang didakwa akan dinaikkan kepada 9 peratus jika Barisan Nasional menang dalam PRU14 ini.

Isu-isu lain yang telah terjawab juga dimainkan kembali seperti 1MDB, pelaburan China, dan kos sara hidup.

Kempen memburukkan kerajaan BN ini menafikan dan mengabaikan terus kebaikan yang diberikan seperti BR1M yang akhirnya diakui kebaikannya oleh PH sendiri yang merancang meneruskannya.

Apa yang perlu diteliti di sini ialah semua isu ini melibatkan orang Melayu dan orang Melayu seolah-olah diumpan supaya terus bercakaran.

Pada masa orang Melayu sibuk bercakaran menuju ke PRU14, rasa marah dan sentimen kebencian memuncak dan boleh mengakibatkan tewasnya akal yang waras.

Orang Melayu berisiko membuat keputusan dalam PRU14 ini berdasarkan perasaan marah dan benci, dan bukan isu kepentingan Melayu dan masa depan bangsa dan agama.

Akhirnya yang berjaya menjadi dalang di belakang ini semua ialah DAP, parti perkauman yang memusuhi Melayu dan agama Islam.

DAP menumpu pada kerusi-kerusi yang mampu mereka menangi, dan tidak melibatkan diri dengan percakaran semasa kempen yang panas menuju pilihan raya ini.

Pemimpin yang muncul di barisan depan ialah Mahathir, Nik Omar dan pemimpin-pemimpin Melayu PH.

DAP sebagai dalang di belakang dapat terus menyusun agenda mereka dengan mempergunakan tokoh-tokoh Melayu ini.

Ini satu strategi dan taktik yang dikekalkan dalam persediaan menghadapi PRU14 dan mencapai cita-cita mereka.

Orang Melayu mesti sedar permainan ini dan segera menolak semua pihak yang bersekongkol dengan DAP.

Dalam PRU14 ini, orang Melayu mesti membuat keputusan yang betul dan tidak ditipu dan dipermainkan oleh DAP.

DAP sama sekali tidak memikirkan kepentingan dan masa depan orang Melayu, dan mereka sekadar mempergunakan pemimpin Melayu untuk terus memecah-belahkan orang Melayu. – Mynewshub.cc

Tags: DAPpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd