Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Varian Omicron: Peralihan Ke...

KUALA LUMPUR - Usaha peralihan ke fasa endemik ditangguh seketika sehingga kerajaan mengetahui...

KP Jasa, Fuad Hassan...

KUANTAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan meninggal...

PRK DUN Rantau: UMNO...

KEKAL... UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan...

Lelaki Ambil Gambar Selfie...

SEORANG lelaki yang mengambil gambar selfie buat pertama kali telah dituduh sebagai pedofil...

Jamin Laporan Penuh MH370 Didedah Secara Telus

KUALA LUMPUR – Laporan penuh misi percarian pesawat malang MH370 akan dibentangkan secara terperinci dan telus kepada umum, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas tempoh pencarian pesawat itu tamat esok.

Katanya, laporan berkenaan akan disiarkan secara terperinci tanpa suntingan kepada umum selepas dibentangkan kepada Kabinet.

“Saya amat serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukannya pakar penerbangan.

“Namun kita beri jaminan laporan itu akan diterbitkan secara terbuka dan telus tanpa mengubah atau sembunyikan apa-apa kandungan termasuklah elemen kontroversi,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), di sini hari ini.

Januari lalu, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasar tempoh 90 hari berdasarkan terma No Cure, No Fee (tiada penemuan, tiada bayaran).

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Dalam perkembangan lain, Loke mengarahkan MAVCOM menjalankan kajian khas untuk menetapkan harga siling bagi tiket penerbangan terutama ketika musim perayaan.


“Rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan harga tiket yang mahal setiap kali tiba musim perayaan, terutama penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan sebaliknya.

“Ia (kajian) perlu dilaksanakan segera untuk kita tetapkan kadar yang sesuai dan perlukan pandangan daripada pakar untuk kenal pasti kesannya kepada industri dan pasaran penerbangan.” katanya.

Dalam lawatan kerja hampir 40 minit itu, Loke antara lain turut membincangkan beberapa isu lain berhubung industri penerbangan.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Tan Sri Abdullah Ahmad. – BERNAMA

Kategori