• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jaga Hati Orang Tua Yang Masih Sayang UMNO, BN”

oleh AK-47
13/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITUASI semasa politik tanah air yang kini beralih arah pasti memberi perasaan berbeza kepada setiap rakyat Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara sejak lebih enam dekad lalu banyak berjasa dalam pembangunan negara.

Namun hendak atau tidak, kuasa memilih berada sepenuhnya di tangan rakyat yang pastinya mahukan yang terbaik untuk negara.

Ini adalah demi memacu barisan kempimpinan negara yang baharu mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi.

Dalam pada kebanyakkan rakyat terutamanya golongan muda bersyukur dengan peralihan kuasa yang berlaku pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kita mungkin terlupa bahawa golongan tua atau veteran adalah yang paling terkesan dengan perubahan kali ini.

Golongan ini lahir dan membesar sehingga meniti usia tua mereka di bawah pemerintaan BN-UMNO dan sudah pastinya melihat pelbagai perubahan dan pembangunan negara di bawah tampuk kepimpinan kerajaan.

Ekoran itu, beberapa status dilihat memenuhi di ruang media sosial meminta agar golongan anak-anak muda menjaga nilai sensitiviti golongan vetaran yang mana sangat menyanyangi parti yang bagitu banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Sebelum PH menang, ya, semua maki hina BN. Tapi bila PH menang dan BN kalah, kau tetap kutuk maki hina diorang. Stop la. Perubahan sudah menjadi. Jangan lah teruskan kebodohan tu. Kau maki kau hina kau caci orang yang hampir sama dengan umur parents kau. Hormat yang lebih tua.

— muzhaffarss ツ (@muzhaffarss) May 12, 2018

Demokrasi ialah kebebasan untuk memilih mana2 pemimpin yg dirasakan layak. Kalau orang masih sokong BN,jangan caci,jangan hina. Itu bukan demokrasi sudah. “Kau tidak sehaluan dengan aku,kau salah!” No!

— azfarmohamed (@azfarmohamed1) May 12, 2018

Call nenek,cakap kat nenek, Tun M menang. Parti Harapan menang.
Yeaa, tepuk tangan.

Nek diam and balas. ‘Angah, dulu arwah mama bn umno banyak tolong, jangan lupakan jasa mereka. Angah boleh memilih, tapi jangan hina mereka. Mereka pernah bantu mama’

Terdiam. 😌

— nrlsyahrhzwni (@nrlsyahrhzwni) May 10, 2018

stop lah. jangan kita hina sapa sapa. yes BN kalah, dia kalah sebab apa ? korang tau lah sebab apa. just stop hina sapa agong ke najib ke tun ke. Just stop, dieorg pun manusia.

— bella (@autiebella) May 11, 2018

Stop stop lah kutuk kerajaan BN . Sekarang fokus je kerajaan yg baru . Kalau takde kerajaan lama , maka takkan ada kerajaan baru . Kena ingat nenek moyang kita dulu pun bawah kerajaan BN . Kita nak marah Najib jangan sampai hina BN .#HidupTunM

— Cik Sehaaaaa 🌸 (@NadilaFasiha) May 11, 2018

Pagi tadi mak call kata, ayah tak tido semalaman sebab tengok result. Kami adik beradik pula bergumbira dalam group bila kerajaan bertukar. Terasa bersalah pulak bila mak cakap, buruk2 pun banyak bantuan yg dapat. Sampai malam ni pun abah masih senyap, kecewa.

— Nancy Edison (@nancyedison) May 10, 2018

Apa yang berlaku di negara kita ini menunjukan betapa rakyat terutama sekali golongan muda semakin serius dan mahukan kerajaan baharu untuk memacu negara ke arah yang lebih baik.

Tidak kira parti mana yang memerintah, apa yang penting adalah siapa yang memerintah dan bagaimana mereka mentadbir negara yang tercinta ini.

Apa pun setiap orang pastinya mempunyai pendapat yang tersendiri yang harus kita hormati. Jangan sesekali membiarkan perbezaan itu menjadi punca perbalahan sesama kita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNPRU-14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd