• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Direman, Bantu Siasatan Minta Rasuah

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM10,000, tujuh hari lepas.polis

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.10 malam tadi, di sebuah restoran di Taman Sentosa Villa, Kajang, dekat sini.

Menurut sumber SPRM, pegawai polis itu ditahan susulan laporan daripada seorang bapa berumur 44 tahun yang mendakwa suspek meminta wang balasan bagi mengurangkan jumlah pertuduhan ke atas anak lelakinya berumur 19 tahun.

Remaja berkenaan ditahan polis pada 3 April lepas kerana didakwa memiliki barang curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu mendakwa pegawai polis terbabit meminta wang balasan itu daripadanya pada 16 Mei lepas sebelum dia membuat laporan kepada SPRM cawangan Klang semalam. – BERNAMA

Tags: anggota polisKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd