Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Prasarana Lancar SMILE Mantapkan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan program Senyuman Mesra,...

Pelajar Sekolah Cipta Kondom...

TIGA pelajar pintar Akademi Isaac Newton di Essex, England, Daanyaal Ali, 14, Chirag...

Budak Tujuh Tahun Disyaki...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera...

Pelabur Global ‘Lari’ Selepas...

KUALAMLUMPUR - Setahun selepas berlangsungnya pilihan raya paling bersejarah di Malaysia, euforia rakyat...

Imigresen Sah Najib, Rosmah Disenarai Hitam

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitamkan untuk pergi ke luar negara.

Menurut kenyataan jabatan tersebut, kedua-dua mereka baru sahaja disenaraihitamkan secara rasmi oleh pihak imigresen sekali gus tidak boleh keluar lagi dari Malaysia walau atas apa urusan penting sekalipun.

“Jabatan Imigresen ingin mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara,” katanya dalam laman rasmi Facebook Jabatan Imigresen hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali ketika dihubungi pihak media ada mengesahakan bahawa bekas pemimpin negara dan isterinya tidak disenaraihitamkan pergi ke luar negara.

Ia susulan sejak semalam tersebar tular laporan mengenai sebuah pesawat peribadi dari Indonesia akan membawa bekas pemimpin negara itu ke negara jiran tersebut dari Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz Shah, Subang hari ini.

Laporan tidak dapat dipastikan kesahihannya itu telah menarik minat banyak pihak dan ada cuba menuduh konon pemimpin tersebut mahu melarikan diri ke luar negara selepas tewas mengejut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bagaimanapun menurut portal pro-Pakatan Harapan (PH) memetik sumber yang dekat dengan beliau semalam mengesahkan mantan ketua kerajaan itu sebenarnya berlepas ke Jakarta untuk bercuti selama dua hari mulai esok.

Menurut sumber rapat tersebut, Najib dan isterinya hanya mahu berehat seketika di Indonesia serta berkata kepada pihak Malaysiakini bahawa “Beliau tetap juga akan pulang seperti biasa kelak (selepas tamat percutian itu).”

Ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa pasangan terbabit konon sebenarnya bercadang mahu pula melarikan diri dari negara ini daripada didakwa di mahkamah, sumber tersebut segera menafikan tohmahan jahat tersebut.


“Semua orang (yang ingin menaiki kapal terbang) pun ada jadual penerbangan… Jadi mereka (yang buat spekulasi) boleh pergi (ke lapangan terbang) untuk lihat sama ada beliau melarikan diri bersama beg berisi wang dan lain-lain.

“Isu (lari dari Malaysia) tak berbangkit,” katanya. Sebelum ini ada tertanya-tanya mengenai kemungkinan Najib dan Rosmah mahu meninggalkan Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal mendapat mandat menjadi kerajaan.

Ia adalah kehilangan kuasa pertama kali dialami BN dalam tempoh 61 tahun. Khabar angin mengenai Najib dan Rosmah akan menaiki pesawat itu tersebar selepas satu imej tangkap layar menjadi tular menerusi media sosial.

Berdasarkan imej berkenaan terpapar nama Mr. Najib Razak dan Mrs. Rosmah Mansor. Berdasarkan gambar itu juga ada sebuah pesawat dengan nombor pendaftaran PK-RJX akan berlepas dari Subang pada jam 10 pagi Sabtu.

Destinasi pesawat itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta. Selain gagal pertahan Putrajaya, beberapa negeri jatuh kepada Pakatan Harapan (PH) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH itu adalah salah seorang pengkritik Najib paling tegar dan beberapa kali menyatakan rancangannya konon untuk menyiasat Presiden UMNO berkenaan terutama dalam isu 1MDB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori