• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Piala Dunia 2022: “Sudah Tiba Masanya…”

oleh AK-47
20/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA mempunyai kemampuan untuk menganjurkan Piala Dunia Hoki lelaki serta wanita edisi 2022 malah memang sudah tiba masanya untuk negara menganjurkan kejohanan berprestij itu.

Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, beliau menyokong sepenuhnya cadangan yang dikemukakan olen Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) itu kerana dengan menganjurkan Piala Dunia, ia bakal memberi impak besar kepada Malaysia.

“Untuk pasukan lelaki, sememangnya kita sudah berada pada tahap untuk beraksi di Piala Dunia. Mungkin apabila turun beraksi selaku tuan rumah, ia akan memberi keputusan lebih baik kepada pasukan negara.

“Tapi bagi saya yang lebih penting ialah ia bakal memberi impak besar kepada skuad wanita. Sebab jika ia benar-benar menjadi kenyataan, maka skuad wanita akan membuat penampilan pertama di Piala Dunia.

“Walaupun layak atas kapasiti tuan rumah, sekurang-kurangnya mereka dapat merasai saingan di peringkat tertinggi dan membuka mata semua pihak.

“Apapun, memang sebenarnya sudah sampai masanya untuk kita anjurkan Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2002,” katanya.

Nada berbeza bagaimanapun dinyatakan oleh seorang lagi bekas pemain negara, Maninderjit Singh yang menegaskan MHC seharusnya memberi penekanan kepada perancangan dua hingga tiga tahun ini.

“Tak guna jika kita menganjurkan Piala Dunia 2022 tetapi tidak layak beraksi di Sukan Olimpik di Tokyo 2020.

“Sebab itu saya tegaskan misi untuk layak ke Sukan Olimpik perlu diberi tumpuan terlebih dulu.

“Selain itu, bajet yang ada seharusnya lebih diberi tumpuan kepada saingan domestik, iaitu Liga Hoki Malaysia yang ketika ini dilihat semakin suram apabila hanya beberapa pasukan saja bertanding.

“Bagaimanapun, tidak salah untuk kita membuat bidaan Piala Dunia 2022. Hanya seperti saya katakan tadi, utamakan dulu kempen kelayakan ke Sukan Olimpik serta penekanan untuk menaiktaraf saingan domestik,” katanya.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menerusi laporan Sukan NSTP hari ini berkata, pihaknya berminat untuk membida selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada Final Siri Hoki Dunia pada Jun tahun depan, iaitu kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. – myMetro Online

Tags: hokiPiala Dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd