Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Artis Jangan Malas Layan...

JIKA diperhatikan, nama Ayda Jebat pasti akan menjadi pemenang bagi satu-satu kategori mahupun...

4 MP Bersatu Sabah...

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi...

BN Kelantan Akan Laksana...

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melaksanakan pelbagai program secara bersepadu...

Banjir: KADA Minta Petani...

PASIR PUTEH - Lebih 2,000 petani yang mengerjakan 4,968 hektar tanaman padi di...

Hidup Rosmah Kini Lebih Tenang Lepas PRU

SUSULAN kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor kini lebih tenang selepas tidak lagi memikul tanggungjawab sebagai isteri pemimpin negara.

Jelas pasangan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, hidupnya kini berbeza selepas keputusan mengejut tersebut namun beliau tenang berdepan segala ujian dan dugaan yang hadir.

“Ia kehidupan yang berbeza tetapi saya tidak mengeluh. Saya tidak minta jadi begini tetapi saya dapat menjalani hidup lebih tenang.

“Bila saya rasa mahu tidur, saya boleh tidur dan bila saya rasa hendak bangun tidur, saya boleh bangun,” kata Rosmah.

Rosmah berkata demikian ketika diwawancara eksklusif bersama dengan Malay Mail di kediamannya, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, yang kini menjadi tumpuan ramai.

Mengulas mengenai kediamannya itu yang diserbu pihak polis sejak lewat malam Rabu ekoran siasatan kes 1MDB, beliau mengakui mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin agar dapat melalui kehidupan seperti biasa.

Bagaimanapun, dia meminta pihak polis untuk melayan beliau dan ahli keluarganya yang lain dengan rasa hormat dan belas ihsan seperti yang layak diterimanya sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Saya boleh terima serbuan waktu malam itu, saya faham.

“Saya juga percaya bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Justeru, setiap orang perlu dilayan sebagai seorang manusia biasa,” ulasnya mengenai serbuan itu.


Dalam pada itu, Rosmah berkata dia tidak berkecil hati dengan rakan-rakan sekutu yang kini berpaling terhadap dia dan suaminya selepas kekalahan BN pada PRU14 tempoh hari.

Ujarnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan pandangan itu kerana setiap orang berhak untuk mengatakan apa yang terbuku di hati.

Rosmah menekankan bahawa bahawa fokusnya sekarang hanyalah untuk melindungi keluarga dan dirinya sendiri selepas ‘bersara’ dari bidang politik ini.

“Perkara normal dalam politik. Bila anda berada di atas semua orang puji tetapi bila ada masalah, ia dapat dijangka. Biasalah asam garam hidup,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa pemimpin BN yang dilihat mula bersuara menentang dan menyalahkan Najib selepas kekalahan besar pada pilihan raya lalu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori