• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Semua Model Kereta Proton Turun Mulai 1 Jun

oleh
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Proton menawarkan harga rendah bagi semua model keluarannya susulan langkah pihak kerajaan memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Jun depan.

Pembeli kereta Proton malah akan menikmati pengecualian cukai berserta penjimatan hebat pada harga baharu kerana syarikat automotif itu kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambah kepada pe­langgan.

Namun buat masa ini, walaupun harga kekal sehingga tarikh GST berkadar sifar dilaksanakan, pelanggan diberi pilihan rebat tunai segera atau baucar servis yang ada nilai bersamaan perbezaan harga semasa dengan baharu.

“Kebanyakan harga semua model turun ketara. Saga bagi varian 1.3 CVT Premium adalah RM39,480.43 berban­ding harga GST iaitu RM44,072.25 manakala Persona 1.6 CVT Premium dengan kit badan metalik berharga RM51,531.91.

“Iriz 1.6 Premium CVT (RM53,114.51), Exora 1.6 Executive CVT Plus (RM67,302.13), Preve MC 1.6 CVT Premium (RM65,888.11), Suprima S model 2017 (RM70,944) dan Ertiga 1.4 Executive CVT Plus (RM57,336.42),” katanya.

Tambah kenyataan Proton itu lagi, selain penurunan harga, terdapat juga inisia­tif jualan menarik sepanjang bulan Mei yang akan memudahkan orang ramai untuk memiliki kereta Proton melalui promosi Kosong-Kosong.

Ia menawarkan pembeli Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Ertiga (semua varian) dan Exora (semua varian) yang mendaftar dengan pihak Hong Leong Bank akan menikmati pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Bahkan kenyataan itu menjelaskan bahawa pelanggan yang memilih untuk membeli model Saga atau Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka memilih untuk dibiayai melalui Proton Commerce.

“Bagi yang membeli model Proton Suprima S, mereka akan me­nik­mati diskaun tunai sehingga RM15,172 sebagai tambahan nilai kepada penurunan harga daripada GST,” kata kenyataan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GSTProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd