Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Prasarana Tingkat Tahap Keselamatan...

SEPANG - Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mempertingkatkan tahap keselamatan Operasi Perkhidmatan Tren...

Pelajar Dipaksa Buka Coli...

SEORANG pelajar perempuan terkejut apabila diarahkan untuk menanggalkan pakaian dalamnya atau baju dalam...

Biden Hampir Menang Pemilihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan...

Krisis FGV: Tempoh Zakaria...

HARI ini tarikh penting menuju penghujung krisis pengurusan Felda Global Ventures (FGV) setelah 23...

GST Rasional Untuk Pembangunan Negara

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkait rapat menjadikan sistem percukaian lebih cekap dan menyeluruh, telus dan berkesan bahkan turut bertujuan mengelakkan ketirisan serta cukai bertindih melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan sebelum ini.

Diperkenalkan sejak 1 April, 2015 bagi menggantikan sistem SST, kerajaan terlebih dahulu telah menjalankan pelbagai kajian mengenainya selain turut mengambil pengalaman negara lain dalam membangunkan model GST negara ini.

Menurut laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sehingga kini terdapat 160 buah negara yang mengamalkan GST atau cukai nilai tambah (VAT) bagi memperbaiki struktur cukai mereka dan ia terdiri daripada ASEAN (7), Asia (19), Eropah (53), ‘Oceania’ (7), Afrika (44), Amerika Selatan (11) dan ‘Caribbean, Central & North America’ (19).

Kadar enam peratus, yang paling rendah berbanding kadar GST yang dikenakan negara lain, adalah pengecualian ke atas 578 barangan keperluan serta beberapa perkara lain yang turut diberi perhatian. Contohnya, bantuan sosial dan subsidi tertentu untuk rakyat, adalah bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan sistem percukaian baharu ini.

UNTUK RAKYAT

Pensyarah Kanan Sekolah Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ridhuan Bos Abdullah berkata mana-mana kerajaan sekalipun akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan negara bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Ia termasuk menampung kos pembangunan negara yang melibatkan pembinaan aset baharu atau menambahbaik infrastruktur seperti bangunan sekolah dan jalan raya.

“Setiap kerajaan perlu berbuat demikian demi memastikan rakyat hidup dalam keadaan selasa. Dalam hal ini, tindakan kerajaan memperkenalkan GST sejak tiga tahun lepas adalah tepat kerana melalui kutipan yang diperoleh, rakyat hari ini mendapat pulangannya melalui pelbagai saluran.

“Antaranya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan beberapa insiatif lain yang digembleng melalui usaha agensi kerajaan. Mana-mana cukai pun memang ada ‘kos melepas’, tetapi faedah yang diterima kembali oleh rakyat (kesan dari cukai) , itu yang perlu kita fahami dan bersikap rasional,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Kutipan GST pada tahun lepas sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada 2016. Untuk tahun ini pula, kutipan GST boleh mencecah RM45 bilion berbanding sasaran yang diumumkan RM43.8 bilion pada Bajet 2018.

Muhammad Ridhuan Bos pada masa sama berkata beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia yang menjadi model rujukan GST turut memberikan bantuan sosial seperti BR1M.

Selain BR1M, inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Projek AgroBazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), progam 1AZAM, Klinik 1Malaysia, projek-projek perumahan mampu milik, kad debit siswa serta pelbagai lagi telah dilaksanakan bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


“Inisiatif-inisiatif ini tidak boleh dinafikan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Ia juga boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memberikan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

ORANG TENGAH

Berkongsi pandangan, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata melalui hasil kutipan GST kerajaan juga dapat menampung kekurangan pendapatan hasil komoditi seperti petroleum yang sebelum ini menjadi penyumbang besar terhadap hasil negara.

Turun naik harga komoditi itu yang sukar dikawal termasuk krisis kejatuhan harga minyak global sebelum ini, menjadikan GST lebih relevan dalam memastikan negara memperoleh hasil yang stabil sekaligus tidak menganggu peruntukan pengurusan dan pembangunan negara.

“GST juga adalah sistem percukaian yang berasaskan penggunaan. Lebih banyak barang yang dibeli, lebih banyak GST yang perlu dibayar namun begitu banyak barang keperluan pengguna yang mendapat pengecualian atau berkadar sifar GST.

“Pengguna perlu faham bahawa hasil GST itu digunakan untuk pembangunan negara. Antara perkara yang perlu diberi penekanan ialah penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga yang bukan disebabkan oleh cukai GST, sebaliknya yang dilakukan oleh ‘orang tengah’ yang mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ sekaligus menyebabkan rakyat salah faham dan menyalahkan kerajaan,” katanya.

Beliau turut menambah, GST yang memerlukan sektor perniagaan terlibat untuk berdaftar secara langsung boleh mengelakkan perniagaan-perniagaan besar ‘lari’ dari tanggungjawab untuk membayar cukai.

“Sewaktu pelaksanaan SST, ramai peniaga yang ‘terlepas’ malah mengelak daripada membayar cukai. Ini satu kerugian yang besar kepada kerajaan. Melalui GST yang lebih menyeluruh, kerajaan dapat mengumpul hasil cukai sepatutnya yang seterusnya boleh dimanfaatoleh rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Syarikat yang tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), tidak dikenakan caj GST dan tidak boleh mengenakan GST. Mereka juga mempunyai pilihan sama ada untuk terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori