Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Setuju Dengan...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Pengasas Lawyers For...

Shafie Apdal Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd...

Kelantan Dijangka Terima Hujan...

KOTA BHARU - Kelantan dijangka menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember...

Rozita Che Wan Bengang...

SIAPALAH tak bengang kan, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan ditatang bagai minyak...

Gaya, Gelagat Selebriti Tanah Air Keluar Mengundi

SEPERTI sebahagian besar rakyat Malaysia, selebriti tempatan juga tidak terlepas untuk melaksanakan kewajipan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), hari ini.

Rata-rata mereka begitu teruja dan sempat berkongsi pengalaman mengundi bersama peminat menerusi akaun media sosial masing-masing.

Antaranya, ikon fesyen dan usahawan terkenal iaitu Wak Doyok menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya menyatakan dia membuang undi di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang, Selangor.

“Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan diri adalah wajib mengundi untuk menentukan Arah tuju Negara. 🙏🏻 #PRU14,” tulis pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor itu.

Figura jelita, Datin Diana Danielle juga dilihat tidak ketinggalan keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemilih berdaftar.

Menurut entri yang dimuat naik oleh Diana, dia keluar mengundi demi masa depan anak-anak muda generasi akan datang.

For my children. #GE14

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Sementara itu, penyanyi rock popular, Amy Search pula memilih untuk menunggang motorsikal jenis Vespa untuk pergi mengundi di Bukit Indah, Ampang, Selangor.


Hari ini nak pergi ke pusat mengundi Bukit Indah, Ampang. Kita naik motor sahaja. Jumpa anda di sana,” ujarnya.

Kite sarapan jap sblom ke pusat mngundi bkt indah #pru14

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Berlainan pula ceritanya dengan pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang mengundi secara berasingan.

Zahiril menerusi laman Instastorynya menyatakan Shera pulang ke Ipoh, Perak untuk mengundi manakala dirinya pula di ibu kota.

“Sebab Daddy and Mummy alamat mengundi lain-lain so #PulangMengundi di Ipoh with my In-Laws. Proud of you, Mommy! kongsi Zahiril. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori