• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Sultan Johor

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, Khamis lalu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, pada 2.15 petang, 30 April lalu.

Wak Doyok didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Ia membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim.

Terdahulu, Nor Azizah menawarkan jaminan RM50,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atas tertuduh.

Namun, peguam tertuduh merayu denda yang rendah dengan alasan anak guamnya menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas akibat pandemik Covid-19.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin, manakala sebutan kedua kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, Wak Doyok yang berkemeja batik coklat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 9 pagi.

Minggu lalu, Wak Doyok dilaporkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, bagi siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan.

Wak Doyok mengundang kontroversi apabila tindakannya menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.

Beliau dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim .

Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda. – myMetro Online

Tags: lambang kemahkotaanSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan JohorWAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukar Urus Pejabat, Peribadi Ketika Kerja Dari Rumah

Next Post

Kenapa Pulak Keputusan Mahkamah Salah Kerajaan?

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

Kenapa Pulak Keputusan Mahkamah Salah Kerajaan?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd