Sample Page Title

SELAKU pelajar universiti yang tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.

• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?

• Bukankah credit rating moody memberi penarafan A – pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?

• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?

Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.

Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yang kita tidak ketahui?

Dengan penghapusan GST yang membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yang bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.

Penjualan saham sebanyak 25 peratus membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek.


Rujukan: Listing Of Petronas Among Options To Increase Revenue

Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?

Apa bila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan “menyelamatkan negara” untuk kali ke 3?

Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dengan harta Petronas.

#DISCLAIMER: Saya adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU15, non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.

Sumber: pakdin.my

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...