• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fesyen Busana Dikritik, Neelofa ‘Malas’ Ambil Peduli

oleh
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA, Neelofa menerima kritikan hebat netizen gara-gara menyarung persalinan bersaiz besar dilengkapi beg pinggang (pouch beg) bersama turban pada pelancaran koleksi itu di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Susulan perkara itu, Neelofa dengan tenang mengakui dia sudah lali dengan apa saja komen dan cemuhan negatif netizen yang dianggap sebagai perkara yang datang dan pergi.

Malah menurutnya, ia bukan kali pertama fesyen digayakan mendapat kritikan netizen dan berasa lebih selesa enggan mengambil pusing mengenai perkara tersebut.

Menurut Neelofa, beliau amat menyukai busana tersebut dan berasa bangga kerana dapat menggayakan persalinan sebuah label terkemuka yang digayakan di pertunjukan fesyen peringkat antarabangsa.

“Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya.

“Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali. Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen,” katanya dipetik BH Online.

Ujar pengacara wanita tersebut lagi, fesyen yang digayakan itu sebenarnya sudah menjadi trend dan aliran untuk musim 2018 di Eropah.

Biarpun ada pihak yang tidak menggemari fesyen berkenaan, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu bagaimanapun mengakui tidak janggal menyarung persalinan tersebut.

“Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up‘. Kalau kita lihat, perkembangan fesyen di Eropah sudah ke arah itu.

“Jadi, apabila saya diberi peluang untuk menggayakan persalinan itu, semestinya saya suka. Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam.

“Sebagai seorang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai isu suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang dipromosi di laman Instagramnya, Neelofa menjelaskan ia berlaku kerana salah faham.

Pada masa sama, Neelofa juga mengakui kesilapan itu berpunca daripada tindakannya menyalin kenyataan daripada laman sesawang yang salah.

“Saya membuatnya atas kerelaan diri dan bukan kerana termaktub dengan kontrak produk itu. Saya ke laman sesawang produk itu dan menyalin kenyataan yang terdapat di situ. Rupa-rupanya, itu bukan laman sesawang rasminya.

“Apabila jadi begini, orang ingat produk itu untuk memutihkan kulit, sebaliknya ia lebih kepada masalah ekzema. Tidak ada sebab saya melatah kerana dikecam dan dikritik.

“Lebih baik saya berdiam diri. Selepas lama berdiam, saya rasa ini masanya untuk tampil memberikan penjelasan dan memperbetulkan salah faham ini,” jelas Neelofa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NeelofaNetizennetizen bawang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd