Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Teruja Kemungkinan ‘Shinkansen’ Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kemungkinan sistem kereta api laju terkemuka Jepun, Shinkansen, dilaksanakan di...

Epik Megat Panji Alam...

ALANGKAH hebat kalau epik Megat Panji Alam muncul di kaca TV. Bangsa kita akan...

12,829 Notis Peringatan Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,829 notis peringatan telah dikeluarkan kepada penghuni premis yang...

Handphone Dirampas, Ayda Jebat...

SAMPAI tergamam Ayda Jebat dibuatnya.  Itu situasi awkward yang dialami Ayda apabila 'dimalukan'...

Ferguson Jalani Pembedahan Kecemasan Di Otak

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kini berada di unit rawatan rapi selepas selamat menjalani pembedahan kecemasan akibat darah beku di otak.

Berita rasmi mengenai perkara itu itu disampaikan melalui laman Twitter kelab berkenaan yang mengeluarkan satu kenyataan mengatakan pembedahan terhadap pengurus legenda mereka itu berjalan lancar.

“Sir Alex Ferguson hari ini (Sabtu) menjalani pembedahan membuang darah darah beku di bahagian otak. Prosedur berjalan lancar dan dia perlu tempoh untuk sembuh.

“Keluarganya memohon privasi berhubung perkara ini,” tulis kenyataan berkenaan.

Ferguson kini dilaporkan pihak media tempatan berada dalam penjagaan rapi di Hospital Salford Royal di Manchester, United Kingdom.

Perkara itu nyata mengejutkan dunia bola sepak memandangkan Ferguson, yang bersara dari sukan itu pada tahun 2013 dilihat masih aktif menonton perlawanan kelab kesayangannya itu di stadium sehingga kini.

Malah, pada hujung minggu lalu, Ferguson turun ke padang stadium Old Trafford, Manchester untuk menyampaikan trofi penghargaan kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang mengumumkan akan meninggalkan The Gunners pada hujung musim ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengenai kesihatannya mula timbul apabila anaknya, Darren Ferguson yang merupakan pengurus kelab liga bawahan England, Doncaster Rovers tidak menghadiri perlawanan menentang Wigan atas ‘sebab-sebab keluarga’.

Berita tersebut menyebabkan penyokong bola sepak seluruh dunia dan terutamanya penyokong tegar Manchester United memberikan ucapan sokongan di media sosial mendoakan kesembuhan Ferguson.

Selain itu, pemain-pemain yang pernah bermain untuk Ferguson turut menggunakan platform media sosial bagi menyampaikan kata-kata sokongan kepada bekas jurulatih mereka itu.


Mereka termasuklah pemain hebat bimbingan Ferguson seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, David Beckham serta pemain-pemain yang masih berada di Manchester United seperti David De Gea, Michael Carrick dan Romelu Lukaku.

Selain bekas pemain, kelab yang menjadi seteru Manchester United iaitu Liverpool dan Manchester City turut mengeluarkan kenyataan mendoakan kesembuhannya.

Rakan baik Ferguson yang juga merupakan pengurus pasukan Everton, Sam Allardyce ketika ditemui media berkata dia tahu ada ‘sesuatu yang tidak kena’ selepas Darren tidak menghadiri perlawanan terakhir Doncaster Rovers musim ini.

“Saya akan mendapatkan informasi mengenai apa yang terjadi secepat mungkin. Saya berharap dia berada di bawah jagaan yang baik. Saya juga mendoakan supaya dia berjaya sembuh sepenuhnya,” ujar Allardyce.

Ferguson dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam bola sepak Britain dan telah dianugerahkan gelaran ‘Sir’ pada tahun 1999 selepas berjaya melakukan sejarah membuatkan United memenangi ‘treble’ pada tahun tersebut.

Dia yang berusia 76 tahun ketika ini meninggalkan kelab gergasi England itu pada 2013 selepas menerajui kelab tersebut sejak 1986 dan memenangi 38 trofi sepanjang 26 tahun di Old Trafford.

Ini termasuklah trofi menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali, Liga Perdana Inggeris 13 kali dan lima kali menjulang Piala FA. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori