• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farah Kena Kahwin Dulu Baru Boleh Duduk Sendiri

oleh
15/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU nak duduk rumah sendiri, kahwin dulu! Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh ibu kepada pelakon cantik manis, Farah Nabilah.

Baca: Farah ‘Bercinta’ Kerja, Belum Sedia Ada Komitmen

Walaupun diberi syarat seperti itu, ia bukanlah satu perkara yang membebankan pelakon drama Titian Cinta itu kerana baginya, dia lebih selesa untuk melepak di rumah sahaja jika tiada apa-apa aktiviti.

“Banyak perkara yang membuatkan saya perlu berhati-hati, terutama ketika era teknologi di hujung jari. Hal kecil boleh menjadi besar dan jika tersalah percaturan, ia akan menjerat diri. Saya perlu awasi langkah supaya nama kekal ‘bersih’,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Bagaimanapun, ia merupakan satu perkara yang boleh membantu gadis berusia 26 tahun itu untuk sentiasa menjaga dirinya daripada terpalit dengan apa-apa kontroversi yang boleh menjatuhkan namanya.

Malah, tujuannya untuk memasuki dunia seni sekitar tujuh tahun lalu ialah bagi berkongsi bakat lakonanya sahaja dan sebagai anak seni, kontroversi merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Namun jika ada kontroversi yang mengaitkan namanya dan ia bukankah berpunca daripada kesilapan dirinya, pelakon yang memegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi itu lebih selesa untuk berdiam diri.

“Jika tersilap langkah, saya akan terus mengaku dan mulakan hidup baharu. Saya tidak mahu membebankan diri apabila terus mengelak kerana lambat-laun orang akan tahu perkara sebenar,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Farah juga terlebih dahulu sudah menolak soal percintaan kerana dia mahu namanya benar-benar kukuh di dalam dunia seni.

Salah satu punca mengapa dia masih lagi belum memiliki kekasih hati ialah disebabkan kesibukan kerja dan disebabkan itu, dia sepertinya belum lagi bersedia untuk memberikan komitmen dalam hubungan.

Disebabkan itu, dia lebih mahu menikmati detik manis bergelar seorang pelakon berbanding memikirkan perihal cinta yang masih belum pasti.

“Saya percaya, cinta akan datang tepat pada waktunya. Ketika ini, saya selesa sendiri dan memberikan tumpuan kepada kerjaya. Saya bukan jenis wanita yang gemar keluar bersosial, entah bila saya akan bertemu lelaki yang layak dijadikan bakal suami,” tambahnya.

Akui bahawa dirinya bukanlah seorang yang gemar untuk menggembar-gemburkan kisah peribadi dan hanya akan berkongsi dengan orang yang terdekat sahaja.

Sama seperti wanita lain, dia juga mengimpikan sebuah keluarga bahagia dan disebabkan itu, Farah sangat mengharapkan dia akan bertemu dengan jodohnya sebelum usianya mencecah 30 tahun kerana tidak mahu menjalinkan percintaan terlalu lama.

Dalam perkembangan baharu, Farah kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Ms. Emoji Mr. Data bersama pelakon Aedy Ashraf, Ikmal Amry, Azira Shafinaz dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farah NabilahNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahu Balas Jasa, Wany Tak Kisah Ibu Temu Jodoh Dulu

Next Post

Ular Tedung 10Kg Sorok Di Bawah Kusyen Kerusi

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Ular Tedung 10Kg Sorok Di Bawah Kusyen Kerusi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd