Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Zainuddin Maidin Dirawat DI...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sedang menjalani rawatan di...

Kit Siang Tak Puas...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak berpuas hati dengan alasan...

Projek Jalan Pemangkin Ekonomi...

BINTANGO – Rakyat di kawasan Parlimen Sarikei menaruh harapan tinggi terhadap pelaksanaan serta-merta...

Kelindan Lori Maut Dalam...

BINTULU - Seorang maut serta dua cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua lori...

Mahu Balas Jasa, Wany Tak Kisah Ibu Temu Jodoh Dulu

SELEPAS 14 hidup berseorangan, penyanyi Wany Hasrita reda jika ibunya, Norita Jaafar bertemu jodoh terlebih dahulu sebelum dirinya.

Bagi pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah jasa dan pengorbanan ibunya tidak akan dapat dibalas lebih-lebih lagi apabila dirinya sering menjadi keutamaan buat ibunya.

“Saya terima jika jodoh ibu sampai dulu. Ini kerana saya tidak mahu ibu tinggal sendirian. Selama ini, ibu berpegang prinsip tidak mahu duduk bersama anak dan menantu,” katanya kepada portal BH Online.

Ketika ibu bapanya berpisah, dia masih di bangku sekolah rendah iaitu sewaktu berusia 12 tahun.

Sejak berpisah, apa sahaja keperluan dah kehendak Wany, pasti akan ditunaikan oleh ibunya.

Malah, pekerjaannya sebagai seorang kerani turut membuatkan Norita berusaha keras untuk memastikan dia mampu menghantar anak kesayanganya itu menjejakkan kaki ke menara gading.

“Namun, kami diuji sekali lagi apabila ibu dibuang kerja lalu kami sekeluarga hilang sumber pendapatan,” ujarnya lagi sekadar mengimbau.

Sebagai anak, Wany akan sentiasa memastikan dia mampu untuk membalas jasa ibunya namun kekangan masa akibat kesibukan kerja membuatkan si ibu sedikit terasa hati dengannya.


“Sebenarnya, ibu bukan saja harus diraikan setahun sekali. Sebaliknya, setiap hari kerana pengorbanan mereka yang tidak ternilai. Bukan daripada segi wang ringgit, malah tingkah laku dan percakapan dengan ibu juga harus dijaga,” tambahnya lagi.

Jika dua tahun lalu Wany menyambut sambutan Hari Ibu dengan memberikan kejutan dengan meletakkan kek dan hadiah dalam peti sejuk rumah, tahun ini mereka sekadar menyambutnya dengan bersederhana sahaja.

Ia sekadar panggilan telefon sahaja kerana Wany kini sedang sibuk dengan urusan kerja.

“Saya berjanji, apabila tiba masa terluang, saya akan habiskan bersama ibu. Ini kerana saya tidak mahu ibu terasa hati kerana mengabaikan perasaannya,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu lagi.

Wany kini baru sahaja keluar dengan koleksi baju rayanya diberi nama RinduByWanyHasrita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori