• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Babak Peluk, Farah Mahu Jaga Hati Keluarga

oleh
01/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI sesetengah pelakon, mereka mungkin akan melakukan apa sahaja demi memberi gambaran jelas kepada penonton jika ia merupakan babak sebagai pasangan suami isteri.

Namun, bagi pelakon Farah Nabilah, dia dikatakan tidak berminat untuk kelihatan keterlaluan melakonkan adegan keterlaluan bersama dengan pelakon gandingannya.

“Saya memang dari dulu jaga batas diri apabila kerja dengan pelakon gandingan. Malah ketika berlakon dengan Zul Ariffin sebelum ini, saya beritahu enggan melakukan babak berpelukan,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Sebelum memulakan sesi penggambaran, Farah akan duduk semeja dahulu bersama dengan teman gandingannya dan berbincang tentang beberapa pantang larang masing-masing.

Sebagai pendatang baharu yang masih hijau di dalam dunia seni, gadis berusia 26 tahun itu mahu mengekalkan identitinya sebagai seorang pelakon yang mempunyai identiti tersendiri.

“Bagi saya, cukup sekadar bermain ‘eye contact’ dan menggunakan teknik kamera untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

“Saya tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan kerana bimbang penonton ‘menyampah’,” tambah Farah.

Bagaimanapun, keputusan yang diambil dirinya itu bukanlah bertujuan untuk menjaga hati sesiapa.

Ia hanyalah untuk menjaga hati keluarganya selaku peminat setia kerana mereka turut akan menilai cara lakonan bekas juara Program Pencarian Wajah Aurawhite itu.

“Saya masih solo sejak mula menceburi bidang seni. Saya belum terfikir untuk mencintai sesiapa kerana bimbang tidak mempunyai masa untuk dirinya.

“Sebenarnya pilihan tidak melakonkan aksi keterlaluan ini kerana saya perlu jaga hati orang tua saya. Mereka sudah pesan kalau saya nak jadi pelakon, saya perlu jaga batas pergaulan dan jangan malukan keluarga,” ujarnya lagi.

Sejak muncul menerusi drama Titian Cinta, nama Farah semakin dikenali ramai kerana rata-rata peminat menyukai cara lakonannya bersama dengan hero Malaya, Zul Ariffin yang nampak bersahaja.

Kini, Farah baru sahaja selesai menjalani penggambaran bagi drama Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Drama 27 episod itu bakal melihatkan Farah pertama kali bergandingaan bersama dengan pelakon tinggi lampai, Aliff Aziz pada bulan Ramadan ini menerusi slot Akasia.

Dalam masa yang sama, Farah kini berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri siri ramah mesra bersama peminat bagi mempromosikan drama adaptasi novel tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farah NabilahNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd