Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pingat Sukan Olimpik Tokyo...

TOKYO – Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mendedahkan pingat yang akan diberikan kepada...

Kapal Perang Utama Rusia...

MOSCOW – Kapal perang utama Rusia di Laut Hitam dilaporkan rosak teruk dan...

Penumpang Terkejut Tambang Feri...

ALOR SETAR - Rata-rata penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Kedah...

Taklik Ikut Perasaan.. Suami...

Bagi melindungi hak wanita daripada teraniaya selepas berkahwin, pernikahan Islam biasanya diselit dengan...

Dua ‘Pengebom’ Ikan Ditahan

DUA kru bot pam ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap ikan menggunakan bom di perairan Pulau Mengalum dekat Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian pada 4 petang, suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjalankan Op Sejahtera di perairan Pulau Gaya.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, pihaknya menahan bot pam yang tidak memiliki lesen itu hasil aduan awam.

“Kita menahan bot pam dalam keadaan mencurigakan itu, dan pemeriksaan lanjut menemui dua kru yang gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri sah.

“Turut ditemui pelbagai jenis ikan sebanyak 70 kilogram (kg) yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. Kedua-dua suspek dan bot pam ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sejak Op Api 1 dilaksanakan pada Mac lalu hingga kini, enam tangkapan bot pam yang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan kaedah bom dilakukan dan perkara itu dipandang serius. –Metro Online

Kategori