• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Fadi: Polis Jejaki Pemilik Van Bantu Suspek Lari

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjejaki pemilik van yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan Dr. Fadi Mohammed Al-Batsh untuk melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek menaiki van tersebut yang menunggu tidak jauh dari lokasi mereka meninggalkan motosikal yang diguna untuk melarikan diri selepas menembak pensyarah dan imam warga Palestin berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas membuat pengundian awal di Bukit Aman, di sini hari ini, Mohamad Fuzi berkata polis juga telah menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes itu.

“Secara kasarnya polis telah mengenal pasti senjata suspek tetapi saya tidak boleh mendedahkan kerana sedang menunggu laporan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan kedua-dua suspek menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki negara ini.

“Mereka juga dipercayai memiliki sejumlah lagi pasport negara lain,” katanya.

Dalam kejadian 6 pagi 21 April lalu, Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak, semasa berjalan ke surau untuk solat subuh.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu. – BERNAMA

Tags: Dr Fadi Mohammed Al Batshpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd