• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Tak Ada Job, Que Tenang Maafkan Orang Lain

oleh
24/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA kebanyakan netizen mempertikaikan dan mempersoalkan harga Baju Melayu yang dijual oleh pelakon Que Haidar, sedikit pun perasaan marah tidak terdetik di hati jejaka itu.

Malah, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar turut mula bersuara di laman Instagram miliknya supaya netizen tidak termakan dengan tuduhan sebuah blog yang telah menuduhnya seperti demikian.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut memuat naik satu paparan skrin dengan menunjukkan tajuk artikel sebuah blog yang mengatakan kononnya dia naik angin apabila dikatakan telah menjual Baju Melayu dengan harga yang mahal disebabkan tidak mempunyai tawaran lakonan.

https://www.instagram.com/p/BjIE1pqlItI/?taken-by=the_haidars

https://www.instagram.com/p/BjFm8IpFLib/?taken-by=the_haidars

“Allah, yang ni pun satu hal pula tajuk tu. Mana ada saya bengang, terguris pun tidak.

“Tujuan saya muat naik adalah untuk berkongsi saja dengan harapan netizen-netizen yang lain tidak bertindak seperti beliau,” tulis Que.

Dalam masa yang sama Que turut berharap supaya individu berkenaan tidak lagi akan mengulangi perbuatan kotor seperti itu.

Walaupun dikecam oleh netizen dan dituduh sedemikian, suami kepada Linda Jasmine itu telah memaafkan lelaki berkenaan dalam masa yang sama turut mendoakan rezekinya.

“Moga beliau yang maki hamun saya di Twitter tu tidak mengulangi perbuatannya.

“Saya dah pun maafkan beliau dan mendoakan agar beliau dimurahkan rezekinya. Itu saja,” katanya lagi.

Para peminatnya turut meminta supaya pelakon filem Lagenda Budak Setan itu terus bersabar dengan dugaan yang menimpanya di bulan Ramadan ini.

Namun menurut Que, dia sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun membeli barang yang dijualnya.

“Saya tak pernah paksa beliau untuk sokong saya atau beli daripada saya. Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita.

“Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yang Exclusive jadi saya pun beritahu la harga untuk baju yang ditanya, pula diburuk-burukkan saya,” ujarnya lagi.

Harga baju melayu yang dijual oleh Que bermula dengan RM190 dan jenis Exclusive pula berharga RM380 dan dijual secara online di Instagram rasmi dibawah jenamanya itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenque haidar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Utama Kes Bunuh Pemotong Rumput Ditahan

Next Post

Felda Perlu Kekal Momentum Raih Juara Liga Premier

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Felda Perlu Kekal Momentum Raih Juara Liga Premier

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd