• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Menipu, Siti Terlepas Peluang Sambung A Level

oleh
27/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa pelakon Siti Chubby pernah dituduh sebagai pencuri serta mempergunakan seorang rakannya ketika mereka berada di Melbourne, Australia sekitar tiga tahun lalu.

Bagaimanapun bagi Siti atau nama sebenarnya Norfaridah Samsudin mengakui bahawa kontroversi berkenaan telah menaikkan namanya sebagai seorang pelakon dan pelawak dalam kalangan peminat yang sebelum ini tidak mengenali dirinya.

“Satu sahaja saya nak kata, kalau betul saya mencuri, mungkin saya tak balik dah sebab masuk penjara!

“Ia mungkin cerita tidak baik tetapi buat apa saya hendak marah, ada juga publisiti. Dari orang tak kenal, mereka kenal saya.

“Lagi pun saya ni artis suam-suam kuku sahaja jadi oklah ada kontroversi…orang kenal,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Siti memaklumkan perkara sebenar yang terjadi ketika itu yang mana pada mulanya dia hanya mahu menampung pelajaran di peringkat A Level dalam masa yang sama mempelajari lebih lanjut tentang bahasa Inggeris.

Malah, dia juga telah menerima satu tawaran daripada sebuah akademi sekitar tahun lalu tetapi ia diterima ketika dia sudah pulang semula ke tanah air.

Namun sayang seribu kali sayang apabila dia terpaksa melupakan impian dan hasratnya untuk menyambung pelajaran selepas ibunya meninggal dunia.

“Orang kata saya pergi petik buah, menipu orang tetapi secara logiknya buah apa yang ingin saya petik pada musim sejuk?

“Saya ke sana ada impian iaitu ingin sambung belajar, konon-kononnya nak belajar bahasa Inggeris dan tak sangka tahun lalu permohonan saya untuk buat A Level diterima.

“Tetapi keadaan ibu yang tidak sihat dan akhirnya meninggal dunia menghalang saya pergi kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga di sini,” ujarnya lagi.

Kini, Siti sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama sebanyak 28 episod berjudul Cinta Bukan Kristal terbitan TV3.

Selain itu, drama bersiri Syurga Kedua di bawah terbitan Astro turut bakal menyaksikan kemunculan Siti sebagai salah seorang pelakon. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NetizenSITI CHUBBY
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kayveas Sah Dilucutkan Jawatan Presiden MyPPP

Next Post

“Wang Bukanlah Penentu Kepada Kebahagiaan”

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

"Wang Bukanlah Penentu Kepada Kebahagiaan"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd