• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Nasihat Undang-Undang Bersihkan Nama

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy akan mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguamnya tentang cara terbaik untuk membersihkan namanya berhubung satu artikel fitnah diterbitkan dalam satu portal berita.

Beliau berkata peguamnya sedang meneliti artikel itu dan penulisnya.

“Sila ambil perhatian, sekiranya tindakan lanjut diambil terhadap perkara ini, ia dibuat atas kapasiti peribadi saya dan tidak melibatkan 1MDB atau kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam artikel bertajuk “Arul Kanda and the lies of 1MDB”, diterbitkan dalam Malaysiakini pada 4 Mei, P Gunasegaram mendakwa bahawa pencapaian Arul Kanda dalam 1MDB merupakan dakwaan tidak masuk akal.

Arul Kanda berkata sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, adalah menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk menerima kerja yang semua orang tidak mahu itu, dan untuk menyelesaikan masalah dalam 1MDB.

Dalam tempoh 36 bulan sejak mengambil alih tugas itu beliau telah berusaha keras, untuk memperbaiki dan memulihkan syarikat itu ke landasan yang kukuh kerana masalah telah terkumpul selama lima tahun dan terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan, katanya.

“Untuk beliau (penulis) mempersoalkan kerja keras saya dengan cara memfitnah sebegitu, bukan sahaja amat menyedihkan saya, tetapi apa yang lebih teruk ialah beliau melakukan serangan peribadi, melemparkan tuduhan tanpa bukti, membuat tohmahan dan kenyataan serta penegasan yang salah,” kata Arul Kanda.

“Saya telah melakukan pengorbanan secara peribadi tetapi ia amat berbaloi – syarikat itu kini stabil, hutang berjaya dikurangkan daripada RM50 bilion kepada RM31 bilion, dan semua rakyat Malaysia dapat melihat kejayaan projek TRX, dengan pelabur antarabangsa seperti HSBC dan Prudential segera mahu menubuhkan ibu pejabat mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab, saya bangga dengan semua ini,” katanya.

Arul Kanda berkata sebagai seorang tokoh dikenali ramai, beliau sentiasa terbuka kepada kritikan membina.

“Saya juga menghargai bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Bagaimanapun, tidak perlu melakukan serangan peribadi dan kenyataan berbaur fitnah untuk menyampaikan pendapat anda,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBArul KandafitnahMalaysiakini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd