Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

PM Tinjau Persiapan Stadium...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau persiapan Stadium...

Naik Taraf Sekolah Di...

SADONG JAYA – Projek menaik taraf 30 sekolah daif di seluruh negeri Sarawak...

Wanita Ini Nyaris Dirogol...

SEORANG wanita bernasib baik apabila terselamat daripada menjadi mangsa rogol di sebuah tandas...

Malaysia Juara Keseluruhan Silat...

KUALA LUMPUR - Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan...

Daftar Tapak Bazar Ramadan Atas Nama Sendiri

SEREMBAN – Semua peniaga tapak bazar Ramadan di negeri ini akan disyaratkan berdaftar dengan nama sendiri bagi permohonan tapak bazar bermula tahun depan bagi memastikan kegiatan menaikkan sewaan tapak oleh pihak tertentu dapat dikekang sepenuhnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata ini berbeza dengan amalan sebelum ini apabila tapak berkelompok diberikan kepada persatuan, koperasi atau pertubuhan bukan kerajaan sehingga wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengenakan sewaan tapak pada kadar yang tidak munasabah.

”Perkara ini dilakukan bagi memudahkan peniaga individu mendapatkan tempat di tapak itu tanpa dikenakan cas sewaan terlalu tinggi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tahun hadapan kita akan melakukan perubahan yang lebih drastik.

“Selepas ini sesiapa yang mempunyai lesen peniagaan sahaja yang akan kita beri keutamaan dan kita minta rakyat Negeri Sembilan khususnya peniaga, memohon sendiri pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas lawatan di tapak bazar Ramadan di Dataran Senawang di sini, malam tadi.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Dr Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengarah Pelesenan dan Pembersihan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Iskandar Arifin.

Aminuddin berkata sewaan yang terlalu tinggi dikenakan pihak tertentu hanya menyusahkan peniaga selain akan menjejaskan imej kerajaan negeri dan MPS pada mata masyarakat.


Semalam, Dr Mohamad Taufek dipetik sebagai berkata kerajaan negeri harus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penganjur yang menyewakan tapak bazar Ramadan di Dataran Senawang, di sini dengan kadar tinggi dan tidak munasabah.

ADUN Paroi itu menerima aduan mengatakan bahawa tapak tersebut disewa dengan kadar RM1,000 hingga RM1,500 sepetak, iaitu mencecah lebih 120 hingga 150 peratus daripada sewa yang ditetapkan. – BERNAMA

Kategori