Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KM Pulau Pinang Sahkan...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengesahkan...

‘Geng Tampin Square’ Aktif...

TAMPIN - Tiga individu yang dikenali sebagai 'Geng Tampin Square' dipercayai terlibat aktif...

Johor Port Raih Anugerah...

KUALA LUMPUR – Johor Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi...

Banjir: Segera Hubungi TNB...

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

CUEPACS Cemas PH Mungkin Batal Bantuan Aidilfitri?

SEMALAM, penjawat awam gempar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan tiada bayaran khas Aidilfitri untuk mereka dan pesara kerajaan untuk diberikan pada awal bulan depan.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu yang teruk dikritik netizen kerana menyebabkan ramai pelabur asing ‘keluar’ Bursa Malaysia dua minggu berturut-turut, hanya berkata akan sedia bawa isu tersebut kepada Perdana Menteri.

Malah Guan Eng membayangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin boleh mempertimbangkan bantuan tersebut hanya untuk penjawat awam yang bergaji rendah bagi mereka menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Puasa.

Cemas dengan kenyataan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat memberi bantuan Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya amat mengalu-alukan pertimbangan daripada kerajaan baharu berkenaan bantuan Aidilfitri yang sewajarnya diterima semua penjawat awam tanpa ada perbezaan penjawatan.

“Saya mengharapkan selagi seseorang itu penjawat awam, dia layak untuk dapat bantuan. Jangan dibezakan. Kami di CUEPACS juga berharap pembayaran bantuan Aidilfitri tersebut dapat dilakukan kerajaan secepat mungkin.

“Penjawat awam terutama yang bergaji rendah memang amat mengharapkan bantuan itu kerana baki gaji mereka memang tidak cukup apatah lagi buat persiapan Hari Raya,” kata Azih ketika ditemui media di ibu negara hari ini.

Baca: Apakah PM Lupa Umum Bonus Atau Memang Tiada?

Beliau merujuk kenyataan Guan Eng yang baru sahaja akan mengusulkan cadangan itu kepada Perdana Menteri berhubung bantuan Aidifitri selepas ramai penjawat awam mempersoalkan ketiadaan pengumuman kerajaan PH.


Malahan Mahathir, 92, ketika sidang media pasca-Kabinet di Putrajaya pada Rabu lalu langsung tidak sentuh isu itu sebaliknya berkata mahu buang ribuan pekerja konon tidak produktif dan usaha itu dapat jimat beban kos kerajaan.

Untuk rekod, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018 pada tahun lalu pernah mengumumkan bayaran khas tersebut untuk semua penjawat awam dan pesara kerajaan sebanyak dua kali.

Ia melibatkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 untuk pesara pada 8 Januari lalu serta RM500 bagi penjawat awam dan RM250 untuk pesara sebagai persiapan Hari Raya pada 8 Jun.

Sementara itu mengulas lanjut jelas Azih, Parlimen menerusi Bajet 2018 yang lalu telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan tersebut dan CUEPACS berharap ia tidak terjejas meskipun kerajaan Persekutuan bertukar kepimpinan.

“Jika Dr. Mahathir ingin memberi lebih pun bagus juga, kami yakin perkara ini mungkin akan boleh berubah dan mungkin juga boleh lebih tetapi saya rasa tidak kurang daripada RM500,” kata beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori