• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Mudah Tolak 1 Kertas Undi – Bekas Pengerusi SPR

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bukan mudah untuk menolak satu kertas undi yang telah ditanda kerana ia harus dipersetujui sebulat suara oleh Ketua Tempat Mengundi, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agen-agen calon, kata bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata hanya kertas undi yang dipangkah lebih daripada satu calon sahaja akan ditolak dan dakwaan mengatakan terdapat titik dakwat pada kertas tersebut boleh menyebabkan undi ditolak adalah salah sama sekali.

“Kalau ada pangkah besar jelas dan titik kecil sedikit pada pada kertas undi, itu sepatutnya tak jadi masalah, ia terpulang kepada ketua tempat mengundi…yang penting kita tahu apa niat pengundi itu kerana boleh jadi titik pada kertas undi disebabkan oleh cetakan atau dakwat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengundi bersama isterinya, Puan Sri Siti Juliana Johan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7.

Ketika ditanya mengenai undi pos, Abdul Aziz yakin SPR lebih bijak menyelesaikan pelbagai dakwaan yang timbul.

Abdul Aziz berkata pemanjangan tempoh kempen juga tidak memberi jaminan borang undi pos akan sampai kepada pemohon tepat pada waktu sepatutnya kerana ia bergantung kepada sistem pengeposan yang berbeza di seluruh dunia.

“Jika ada dakwaan kata borang undi lambat sampai atau masih tak terima, itu di luar kemampuan SPR kerana mereka mengepos kertas undi itu kepada pemohon secara individu, bukan lagi ke kedutaan seperti sebelum ini yang juga menerima pelbagai aduan,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Abdul Aziz berkata SPR akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan proses pengundian serta kiraan undi berjalan lancar, adil dan saksama.

Selain itu, beliau juga yakin rakyat Malaysia masih mempercayai ketelusan suruhanjaya itu. – BERNAMA

Tags: pengundiSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd