• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Serang Ternakan Penduduk, Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABONG – Seekor buaya jantan sepanjang lima meter dengan ukur lilit 1.7 meter ditembak mati oleh penduduk Kampung Emplam apabila cuba membaham ternakan ayam dan itik pada awal pagi ini.

Ketua Kampung Emplam, Boestamam Bakar berkata buaya tersebut mati ditembak beberapa das di bahagian kepala oleh seorang penduduk menggunakan senapang patah.

“Kehadiran buaya itu disedari pada 2.30 pagi ini, apabila seorang penduduk kampung dikejutkan dari tidur oleh bunyi riuh ayam dan itik di kandang ternakan di bahagian bawah rumahnya,” kata beliau.

Menurutnya, buaya tersebut telah naik ke tebing dan memasuki kandang ayam dan itik penduduk kampung itu.

“Apabila tiba di bawah rumah, beliau melihat seekor buaya sedang berusaha membaham ternakan. Beliau terus meminta bantuan jiran yang memiliki senapang untuk menembak buaya berkenaan sehingga mati,” katanya kepada Bernama.

Boestamam berkata buaya tersebut merupakan yang kedua ditumpaskan penduduk kampung di lokasi sama Januari lalu, dan buaya itu berukuran 4.2 meter panjang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk kampung terutama melibatkan penduduk yang tinggal di tepi sungai supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan buaya ganas.

Kampung Emplam merupakan antara kampung terletak di sepanjang Sungai Seblak yang mempunyai populasi buaya ganas yang dianggarkan ratusan ekor banyaknya dan mengancam nyawa penduduk kampung terutama nelayan sungai. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd