• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kalah PRU14 Kerana Gagal Menangi Hati Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kekalahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah disebabkan parti itu gagal memenangi hati rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata pemimpin UMNO dilihat hanya sekadar bercakap kepada jentera parti mereka ketika turun padang berbanding mendengar masalah dihadapi rakyat di akar umbi.

“Saya memang sudah jangka kehilangan beberapa kerusi tetapi bukan hilang kerajaan. Ini memang sesuatu di luar jangkaan.

“Mungkin kita terlalu bergantung kepada parti, hanya bekerja untuk orang kita sendiri termasuk ketika berkempen.

“Kita lupa ketika pilihan raya umum, ia bukan soal UMNO sahaja. Kita gagal memenangi hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sidang media BN Johor di sini, hari ini.

Hasni yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata walaupun UMNO telah memerintah lebih 60 tahun, namun anggota parti perlu menerima hakikat bahawa parti berkenaan tidak lagi berkuasa.

Katanya, ketika ini, seluruh kepimpinan UMNO Johor masih menunggu kata putus daripada pucuk pemimpin parti sebelum mengambil peranan sebagai pembangkang di DUN Johor.

Dalam masa sama, beliau memberitahu UMNO akan melakukan bedah siasat berhubung kekalahan PRU14.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi ketua pembangkang di Johor, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri itu berkata beliau tidak keberatan menjalankan tanggungjawab itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata kekalahan tersebut menjadi pengajaran dan panggilan daripada lena kepada semua pihak termasuk dalam kalangan pemimpin parti itu untuk menilai sebaiknya isu yang akan menjejaskan kepercayaan rakyat.

Beliau berkata pada PRU kali ini, beliau dapat melihat kecenderungan rakyat memilih pemimpin mereka berdasarkan isu-isu nasional berbanding isu negeri.

“Anda tahu kenapa…setelah Johor melakukan dengan baik dan anda (media) tahu mengenainya tetapi kami masih…,” katanya. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd